Mereka Mangsa Krisis Air Selangor


Sengsara lebih 3,800 penduduk Taman Putra Budiman dan kawasan sekitar yang terputus bekalan air sejak lebih seminggu lalu terbela selepas Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) tampil menghulurkan bantuan segera dengan membekalkan air menerusi lori milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Ia ekoran aduan penduduk yang tidak tahan selepas terpaksa mengangkut air setiap hari untuk kegunaan mereka di pangsapuri berkenaan dan keadaan menjadi lebih teruk terutamanya ketika umat Islam berpuasa. 

Azizah Abu Bakar
Seorang penduduk, Azizah Abu Bakar, 34, berkata dia terpaksa mengangkut air ke rumahnya di tingkat tiga untuk kegunaan seharian dan ia menjejaskan kehidupan seharian dengan empat anaknya yang masih bersekolah.


Katanya, bekalan air hanya akan diterima pada waktu tengah malam dan awal pagi menyebabkan ada penduduk yang terpaksa menunggu di bawah pangsapuri semata-mata untuk mengambil air menggunakan baldi.


'Saya sendiri terpaksa bergilir-gilir dengan anak untuk mengangkut air sehingga tengah malam dan pada masa sama perlu menjaga anak kecil yang baru habis pantang. Kalau keadan begini berterusan, tak tahulah bagaimana persiapan hari raya Aidilfitri nanti,' katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan tong air yang disampaikan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan, petang semalam.

Siti Aishah Adnan
Seorang lagi penduduk, Siti Aishah Adnan, 48, berkata sejak bekalan di kawasan itu terganggu, dia menghadapi kesukaran untuk melakukan kerja rumah termasuk menyiapkan dua cucunya yang masih kecil kerana perlu mengangkut air.

'Saya sudah penat kerana ia berlarutan dalam tempoh lama. Kalau sebelum ini pernah berlaku, tapi hanya sementara. Ini tidak, pihak yang berkenaan seolah-olah lepas tangan dengan apa yang berlaku walaupun di dalam bulan puasa,' katanya.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    9:49 AM

    Krisis air ini sengaja di cipta oleh kerajaan BN dng tidak bersetuju penskturan semula air yg dicdgkan oleh kerajaan Selangor, itulah masaalah yg sebetulnya, BN menjadikan isu air sebagai modal mahu merampas negeri Selangor, apakah rakyat Selangor boleh terpedaya ? tidak!!!! rakyat Selangor tidak bodoh, mereka akan tolak BN di PRU ke 13 nanti.

  2. Kepada 9:49,

    Kalau krisis air ni betul mainan BN, kenapa kerajaan PKR Selangor layan, sampai buat cadangan nak amik air dari Tasik Kenyir? Kalau takde isu, kenapa kena buat planning macam gitu? Dah laa plan air Tasik Kenyir ni RM2 billion lebih mahal dpd Langat2.

    So apa citer?

  3. Anonymous
    10:56 AM

    Krisis air takde... tapi kerajaan negeri boleh pulak sibuk-sibuk hantar lori air untuk negeri Selangor. Udah tukar kerja ke???

  4. paling senang nak faham..kenapa kjaan selangor setuju nak buat 5 projek mitigasi bernilai 331 juta selepas peruntukan diluluskan kerajaan pusat.diaorg rambang mata tgk duit?

Post a Comment