Ng Suee Lim Jangan Berdolak-Dalik, Kepentingan Rakyat Harus Diutamakan


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim digesa agar tidak lari dari tanggungjawab dan menyelesaikan segala kekeliruan berhubung isu penjualan Pangsapuri Damai. Beliau sebelum ini tidak menjawab persoalan yang diketengahkan mengenai isu penjualan pangsapuri tersebut.

Pengerusi Sekreteriat Orang Muda Selangor (Serang) Budiman Mohd Zohdi berkata, Suee Lim perlu menjawab persoalan tersebut memandangkan beliau masih memegang jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut.

"Beliau harus sedar tanggungjawab beliau sebagai Adun dan tidak lepas tangan terhadap persoalan-persoalan yang masih menjadi tanda tanya," katanya. Menurut Budiman, penduduk mempertikai mengenai kuota bumiputera dalam penjualan pangsapuri tersebut yang dilihat tidak adil dan berat sebelah. Tambahnya, penjualan pangsapuri tersebut di bawah harga pasaran juga tidak relavan dan beliau seharusnya memberi penjelasan berhubung persoalan ini.

"Sebagai Adun, beliau perlu menerangkan sendiri mengapa perlu pangsapuri tersebut dijual dengan harga di bawah pasaran dan mengapa penduduk tidak diberi peluang bagi memiliki rumah tersebut,"katanya.

Menurut Budiman, dia berharap agar Suee Lim tidak memandang isu ini seperti dipolitikkan ini kerana isu perumahan merupakan isu rakyat melepasi sempadan politik. Semua orang berkeinginan memiliki rumah sendiri atas sebab itu penduduk Sekinchan mesti diberi peluang memiliki rumah tersebut.

Tambahnya,sejak akhir-akhir ini juga dapat dilihat terdapat beberapa isu yang tidak dijawab sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

"Sebagai contoh adalah isu Talam Corperation dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak mahu mengulas lanjut dan memberi kenyataan berhubung isu tersebut,"katanya.

Menurut Budiman,penjelasan Suee Lim adalah penting berikutan penduduk mengharapkan penjelasan daripada pihak beliau sendiri. Beliau tidak boleh lari dari tanggungjawab kerana beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan (PADAT).

Walau pun beliau bukan merupakan Ahli Majlis tentulah sesuatu yang pelik apabila beliau tidak mempersoalkan tindakan Majlis Daerah menjual aset tersebut. Budiman berkata, sebagai wakil rakyat, Suee Lim harus memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat berbanding perkara lain bagi memastikan penduduk mendapat hak serta keadilan.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment