Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR
mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat
sememangnya agen pemecah belah masyarakat.
Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR,
semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat
mereka.
PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat
Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah
Memali dan Sauk. DAP pula terkenal
dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk
memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara
kaum Cina dengan bangsa lain. Manakala
PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat
dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam
dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan
manusia di dunia.
PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa
parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat. Di
mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara
sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara. Malah, tanpa segan silu mereka
memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.
Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan
Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di
sukan Olympic baru-baru ini. Lebih
memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah
memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China
sebagai lebih bergaya dan moden.
Laman Suara Pakatan Rakyat
pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong
Wei. Menurut laman tersebut, UMNO harus
malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua
nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.
Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil
Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!
Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu
menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi
mereka.
Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum
Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga
membelakangkan semangat kenegaraan.
Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya
menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan
komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama,
gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya. Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap
kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim.
Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu ‘hidup Mahathir!’ yang pada
ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah
kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga
ke hari ini.
Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin
menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika,
dan kemudiannya untuk selama-lamanya.
Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan
yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan. Begitu khianat sekali para pemimpin PR
terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan
patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.
0 Komen