Pelajar Unisel Terabai: Mana Pejuang Mahasiswa, Mana Adam Adli & Khalid Ismath?



Kemelut terkini yang berlaku Unisel baru-baru ini yang menyebab pelajar tidak dibenarkan menduduki asrama sehinggakan segelintir pelajar terpaksa menjadikan ruang kaki lima Dewan Biru bersebelahan pejabat Jana Niaga Sdn Bhd dan surau asrama sebagai tempat berteduh sebagai satu yang amat memeranjatkan dan tidak wajar berlaku.

Pengerusi Sekretariat Anak Muda Negeri Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi berkata, kita melihat kebajikan dan keselamatan pelajar tidak diutamakan pihak pengurusan Universiti, bagaimana sebahagiannya terpaksa pulang dan sebahagiannya terpaksa dihalau balik disebabkan ruang penginapan yang tidak dapat dimasuki.

“Persoalan kepada perkara ini, mana perginya pejuang-pejuang mahasiswa yang mereka nobatkan seperti Khalid Ismath, seperti Adam Adli yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu yang berkaitan mahasiswa.

Kenapa bila isu yang berkaitan dengan isu Unisel, mereka diam dan jadi bisu. Ini yang kita lihat bagaimana sebahagian mahasiswa ini menjadi alat kepada pihak pembangkang secara membuta-tuli memperjuangkan isu-isu mahasiswa tanpa mereka sedari sebenarnya dalam masa yang sama mereka tidak memperjuangkan isu mahasiswa itu sendiri,” ujarnya mengulas sikap mendiam diri sesetengah ‘hero mahasiswa’ yang sebelum ini hebat memperjuangkan isu pendidikan seperti kempen mansuhkan PTPTN dan kempen pendidikan tinggi percuma yang pernah diterajui Adam Adli satu ketika dulu.

Tambahnya, kita minta kerajaan negeri Selangor pimpinan kerajaan pakatan berhenti dari memperalatkan mahasiswa.

“kita tidak mahu kalau kena pada mereka masalah itu, mereka pendam dan tidak memperjuangkan isu mahasiswa,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    2:55 PM

    Ya ya mana itu org, pundi kuti punya org.

  2. Anonymous
    3:16 PM

    ini orng selangor punya cerita kita dah pilih pkr...that is our choice..he...he

  3. Anonymous
    3:32 PM

    banyak2 universiti kenapa pilih Unisel yang bermasalah

  4. Anonymous
    4:39 PM

    cuba kalau yang kena UPSI mau berapi2 kelaur daripada mulut adam adli, pastu main ramai ah orang gelendegan kat depan UPSI tu

Post a Comment