Ternyata pembangkang begitu dengki apabila tokoh ulama terkenal
Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh
Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish
mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di sebuah hotel di Mekah dalam
kunjungannya ke sana untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak
Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Mungkin merasa tertampar dengan gambar Datuk Seri Najib yang
berbual mesra dengan ulama-ulama tersebut, pembangkang membuat berbagai cerita
bagi memperlekeh dan memburukkan beliau.
Malah, demi ‘menjaga air muka’ kehadiran Nasharudin Mat Isa, Ahli
Parlimen PAS Bachok bersama Datuk Seri Najib dikatakan pembangkang sebagai
‘penterjemah’ kerana Perdana Menteri kita tidak dapat berbahasa Arab.
Jika pembangkang mengambil tahu sendikit tentang perkembangan
semasa, mereka pasti tahu bahawa ulama-ulama Arab, termasuk Sheikh Dr. Abdullah
Hamad Jalaly baru saja berkunjung ke Malaysia atas jemputan ke Majlis Fiqh
bersama Ulama pada bulan Julai yang lepas.
Di dalam majlis tersebut, tiada ulama PAS diperlukan untuk menjadi
penterjemah antara Datuk Seri Najib dengan mereka kerana mereka kebanyakannya
boleh berbahasa Inggeris. Dan kalau pun
seorang penterjemah diperlukan, di kalangan ulama UMNO dan kakitangan jabatan
agama juga ramai.
Di samping itu, jangan kita terkejut bahawa tidak mustahil juga
ada di kalangan ulama Arab yang mampu berbahasa Malaysia. Jika kita pernah mengunjungi Mekah, kita akan
tahu bahawa adalah perkara biasa untuk menemui pak Arab yang mampu berbahasa
Melayu kerana begitu ramainya jemaah Malaysia ke sana menunaikan umrah dan haji
saban tahun.
Untuk pengetahuan juga, ulama atau cendekiawan Arab selalunya
mampu bertutur lebih dari satu atau dua bahasa.
Ulama dari Mesir, misalnya boleh berbahasa Perancis kerana Perancis
adalah bahasa kedua mereka.
Oleh itu, janganlah kita perkecilkan Ulama Arab ke tahap Ulama
PAS.
Sekurang-kurangnya pembangkang malulah sikit dan cerminlah diri
dahulu sebelum memperlekeh Perdana Menteri atau ulama Arab. Sedarlah bahawa Perdana Menteri mampu
berbahasa Inggeris dengan baik tetapi Nik Aziz ataupun Hadi Awang yang punya
cita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia itu, jangankan bahasa Inggeris,
bahasa Arab pun belum tentu. Ini kerana
Nik Aziz bukan belajar agama di Negara Arab tetapi di India dan Hadi Awang pula
di Pakistan. Tentulah kecekapan Bahasa
Arab mereka tidak boleh menandingi ulama lulusan negara-negara Arab.
Lebih dahsyat lagi, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak boleh berbahasa
Malaysia dengan baik pun tetapi masih membawa loghat negeri masing-masing
dengan pekat. Jika ada pun bahasa yang
Nik Aziz fasih, ialah bahasa Urdu, mengikut biodatanya.
Oleh itu, jika Bahasa Kebangsaan pun tidak fasih, Bahasa Inggeris
yang juga bahasa global pun langsung tak boleh, bagaimana mereka ini boleh
bermimpi untuk menjadi pemerintah negara?
Dan dengan bahasa Arab mereka juga tidak mencapai standard yang baik
bagaimana mereka boleh bermimpi untuk memimpin umat Islam ke tahap global?
Justeru, tidak perlulah pembangkang memperlekehkan sesiapa sebelum
melihat ke dalam diri pemimpin mereka sendiri.
Jangan hanya kerana sekeping gambar Perdana Menteri bersama Ulama Arab
maka pembangkang sudah tak tentu arah.
Hapuskanlah perasaan dengki di bulan Ramadhan ini dan muhasabahlah diri
agar dapat memperbaiki diri sendiri.
Sepatutnya, kita merasa bangga dengan Perdana Menteri dan gembira
dengan keberangkatannya ke Mekah kerana pastinya beliau mendoakan yang
baik-baik untuk kita semua, rakyat negara ini.
Kita tahu yang Datuk Seri Najib bukannya berhati busuk seperti Nik Aziz
yang sanggup mendoakan sesama saudara seagama agar pecah perut, semata-mata
kerana ingin menang pilihanraya. - BB
1:54 PM
pas songsang.