Cukup menghairankan apabila Naib Canselor Universiti Selangor
(Unisel), Profesor Dr. Anuar Ahmad bercakap kepada media bahawa universiti
tersebut lebih baik di bawah pentadbiran PKR Selangor dan mendapat keuntungan
sehingga boleh membayar bonus kepada kakitangan.
Namun apabila lebih 3,000
pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti
dijadualkan minggu lalu, menunjukkan banyak kelemahan daripada aspek
pentadbiran dan kedudukan kewangan UNISEL yang semakin parah dan kritikal,
sehinggakan tidak mampu membayar kpd Pengendali asrama pelajar yang di fahamkan
sudah meningkat kepada RM 15 juta.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan
berkata, walaupun pelajar sudah membuat pembayaran yuran melalui pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi Unisel gagal untuk melangsaikan
tunggakan bayaran. Siapa yang
harus dipersalahkan? Difahamkan Unisel
juga mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya untuk membeli IPad kepada
ketua-ketua jabatan dengan nilai mencecah RM500,000.
“Inilah yang berlaku jika pengurusan universiti lebih cenderung
berpolitik sehingga mengabaikan aspek pentadbiran universiti, menyebabkan
prestasi akademik semakin merudum dan kebajikan pelajar tidak terbela. Lebih
mengecewakan apabila universiti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim ini hanya memekakkan mata dan membutanya telinga terhadap
kelemahan pentadbiran dan kewangan di universiti itu.
Selama ini Menteri besar mendabik dada mencanang kehebatan mereka
mengurus kewangan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan UNISEL tapi jika inilah
cara Menteri Besar dan NC mentadbir, tidak mustahil Unisel akan menjadi gagah
putih dan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang tidak akan kesampaian,”
ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi GPRS |
Justeru, GPRS mendesak
Menteri Besar mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Dr Anuar yang
gagal melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus memecat Ahli Lembaga pengarah
UNISEL yang tidak peka dengan kedudukan kewangan dan gagal merancang dengan baik
perjalanan UNISEL serta memaklumkannya kepada kerajaan negeri. Mereka sekadar
makan Elaun Buta sahaja, satu kerugian kepada rakyat Selangor, tetapi sekarang
seperti sudah jadi satu amalan kerajaan negeri, apa saja yang di tegur oleh
menteri atau kerajaan pusat akan di sanggah dan Menteri Besar dan kroni-kroninya
gunakan taktik lama supaya setiap isu dapat dipolitikan kemudian.
“Setiap kelemahan kerajaan PKR, akhirnya BN juga yang akan disalahkan. Kalau unisel ada masalah kewangan yg serius
Kerajaan Negeri mesti cari jalan awal dan perancangan jangka panjang untuk
bantu selamatkan UNISEL.
Lebih dari itu, yuran hostel juga patut disubsidi oleh Kerajaan
Negeri Selangor daripada menggunakan wang rakyat daripada dana khas peruntukan
di bawah Geran Selangorku berjumlah RM5 juta untuk membiayai kos guaman
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah, lebih baik
digunakan untuk memberi bantuan kepada penyelesaian asrama pelajar-pelajar
berkenaan. Ini menunjukkan Menteri Besar hanya mengutamakan kepentingan
politik dan mengabaikan pelajar di
Unisel,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.
Rakyat sudah semakin bosan dengan kerenah pentadbiran dan
pengurusan Unisel yang dipengaruhi politik kerajaan negeri. Jadi cakap-cakap tentang Unisel bakal
bangkrap bukan lagi retorik. Malah sehingga kini Menteri Besar masih gagal
mendedahkan laporan audit yang kononnya akan siap pada bulan Ogos 2012.
Pastikan mengapa pembayaran tidak dapat dilakukan kepada pengurusan asrama selama hampir 17 bulan
turut dimasukkan dalam laporan audit itu nanti.
“Sampai bila lagi Menteri Besar mahu bertindak menyelesaikan kudis-kudis yang semakin membiak di Unisel.
Ini adalah antara kelemahan kerajaan negeri dalam pentadbiran sehingga
menyebabkan sebuah universiti yang gah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan
Nasional terdahulu, menjadi tiada hala tuju.
Rakyat perlu fikirkan adakah kerajaan negeri yang sedia maklum
lemah dan tidak berintergriti ini perlu diberi mandat lagi pada pilihan raya
umum akan datang? GPRS juga mencabar MB utk mengumumkan dan bentangkan
Kedudukan kewangan UNISEL segera,” tambahnya lagi.
0 Komen