Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan
pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan
bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi
menyulitkan.
Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila
turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil
MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi
penjelasan terhadap isu itu.
Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi
Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh
Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik
Kheng.
Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun
sudah sedikit reda, tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat
Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih
elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang
memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.
Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang
dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru
tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah
turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina.
Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding
usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita
lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.
Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah
lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai
kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan
nyata agak terasa perbezaannya.
Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita
andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya
mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan
kembali hati gersang sang suami.
Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan
dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow
oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty
kembali bertaut kasih.
Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat
perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk
menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali
hatinya.
Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan
dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya
kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan
menarik di mata Lim Guan Eng?
Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan
lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa
dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya?
0 Komen