SLOGAN di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan
pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya
yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.
Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan
bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh
disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik
perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.
Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa.
Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan
tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas
mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.
'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya
hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas
berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.
Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung
Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia
sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan
Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana?
Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal
dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah
faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa
kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan
Karpal Singh sama juga.
Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas pemimpin
Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular
dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad
bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami
oleh Anwar.
‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas
memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya.
Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?
Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah
gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan
Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut
dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said
sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.
Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum
ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di
pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah
lereng bukit.
Di Kelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai
sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum
ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga. Apakah tugas
pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepai”
Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu ‘Janji
ditepati”. Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis
tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji.
Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan
orang yang munafik.
Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya “Janji Ditepati” adalah
kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti
politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang
mereka lupa kepada janji atau melanggar janji
Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan
bertamadun. Bila penegasan tema “Janji ditepai” bagi sambutan Hari Kermerdekaan
Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan
terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.
Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan
dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS
diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji
Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan
diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.
Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih.
Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema “menepati janji” amat
ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan
sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.
Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan
seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang
bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan
antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber: Utusan Malaysia
6:00 AM
9fBqi ghd flat iron
zEhx michael kors handbags on sale
oQyq ghd nz sale
5yDku cheap ugg boots
7oLgv ghd straighteners