Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) kesal dengan sikap
dangkal dan bodoh sombong Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu yang tidak
habis-habis menuding jari dan menyerang Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
berikutan krisis air yang melanda negeri ini.
Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, kelmarin Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu
dilaporkan meminta penjelasan Syabas mengapa bekalan air tidak mencukupi
sedangkan beliau mendakwa pemeriksaan dibuat minggu lalu mendapati air terawat
11 peratus melebihi daripada permintaan harian. Daripada mana fakta yang
diperolehi juga boleh dipertikaikan.
"Sama ada beliau tidak tahu atau memang sengaja buat-buat
tidak tahu, kenyatan yang dibuat itu jelas menunjukkan sikap dangkal sorang
pemimpin yang tidak mengetahui perkembangan semasa. Sebenarnya seawal Ogos 2011
lagi Kerajaan Pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air bakal
melanda menjelang tahun 2014 Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya.
Pihak Syabas sebelum ini pun sudah sering memaklumkan bahawa
gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Lembah Klang ketika ini
disebabkan oleh kapasiti pengeluaran air terawat daripada loji-loji air tidak
dapat menampung permintaan air terawat.
Apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika itu? Mereka hanya
berpeluk tubuh mengatakan bekalan air mentah – sambil merujuk air empangan –
masih banyak sehingga melimpah ruah.
Mereka masih berpolitik ketika rakyat bakal berhadapan krisis air yang
meruncing. Tidak habis-habis mereka
mengatakan bahawa air mentah masih mencukupi. Padahal rakyat memerlukan air
terawatt, bukan air mentah!," ujarnya kepada pemberita selepas mengetuai
satu Lawatan ke Sungai Langat WTP (Loji), Bt 10 Jalan Hulu Langat sebentar
tadi.
Tambahnya, krisis air berlaku berikutan peningkatan mendadak
penggunaan air oleh pengguna. Kesan daripada peningkatan permintaan yang
mendadak ini terutama di Lembah Klang menyebabkan beberapa kolam utama
menghadapi penurunan paras yang ketara.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut mengunjurkan
bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya
dapat memenuhi permintaan air sehingga hujung tahun ini. 33 loji rawatan air
ini adalah milik kerajaan negeri Selangor.
Pada masa ini rezab bekalan air bersih sedia ada ialah kurang
daripada 3 peratus. Keadaan ini menyebabkan tekanan air rendah dan sebahagian
kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di sekitar kawasan 'water stress'
iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan juga Hulu Langat, melibatkan
sejumlah 209,678 akaun pengguna ataupun lebih kurang sejuta penduduk di
wilayah-wilayah terbabit.
Situasi ini juga menyebabkan beberapa Loji Rawatan Air beroperasi
pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya (overload) dan berhadapan
dengan tekanan memenuhi permintaan yang pada masa ini di tahap 4,259 JLH (Juta
Liter Sehari). Ini adalah kerana jumlah kapasiti bekalan air yang boleh
dikeluar dan diagihkan dari kesemua 34 loji sedia ada adalah sekitar 4,371 JLH
sahaja.
"Tujuan GPRS melawat Loji Rawatan Air Sungai Langat dengan
membawa sekali beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin
setempat, wakil penduduk dan pihak media adalah untuk melihat sendiri operasi
di sini dan bagi membuktikan bahawa loji ini
telah melebihi kapasiti pengeluaran air sebanyak 24 peratus iaitu
daripada 386 juta liter sehari kepada 478 liter sehari.
Pada masa sama GPRS mahu membuktikan bahawa keputusan kerajaan
negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya tidak mahu melaksanakan
Loji rawatan Air Langat 2 adalah keputusan yang politik dan pentingkan diri
sendiri! Projek tersebut dapat merawat sebanyak 1.89 bilion air mentah yang
akan disalurkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.
Menujukkan betapa ceteknya pemikiran Abdul Khalid dan barisan
exconya apabila mereka mahu air mentah dalam empangan dipam keluar untuk
disalurkan kepada rakyat. Air dalam empangan bukan untuk kegunaan harian,
sebaliknya ia adalah simpanan untuk digunakan pada musim kemarau apabila paras
air sungai rendah. Air empangan ini pula jika digunakan secara berteusan hanya
mampu bertahan selama 4 bulan sahaja," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Selayang.
Pada masa yang sama kerajaan negeri turut membekukan CAPEX atau
perbelanjaan modal milik Syabas sejak 2008 menyebabkan kerja-kerja
penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air tidak dapat dilaksanakan. Tindakan
Abdul Khalid mahu mengambil alih (step-in) Syabas hanyalah untuk mengalih
perhatian rakyat daripada kegagagalan kerajaan negeri menguruskan air di
Selangor.
"Kini apabila rakyat menderita, mereka terus menjadikan
Syabas sebagai kambing hitam. Untuk mengaku kesilapan sendiri? Sudah tentu
tidak! Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bahkan
memutar belit fakta kerana bimbang rakyat tahu perkara sebenar.
Apa yang rakyat perlu faham ialah kerajaan negeri memiliki aset
air sebagaimana dan bertanggungjawab menyediakan air bersih, manakala Syabas
sebagai operator pengagihan bertanggungjawab
membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM606
juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya penduduk Selangor, Kuala
Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air walaupun mendapat tentangan
kerajaan negeri," tambahnya.
Tindakan kerajaan negeri terus berpolitik dan menyelewengkan fakta
untuk mengaburi mata rakyat tidak akan menyelesaikan krsis air, malah akan
menjadi lebih teruk. Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi
menangani masalah ini bukan menuding jari menyalahkan pihak lain.
Paling menyakitkan hati, ketika rakyat menderita kerajaan negeri
hanya berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa.
"Bagi yang mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai
krisis air ini, GPRS menjemput semua hadir ke majlis taklimat di Sekolah
Kebangsaan Beranang pada Sabtu ini, jam 10 pagi.
Kita perlu bagi penjelasan kepada rakyat agar tidak terus
terpengaruh dengan pembohongan kerajaan negeri PKR dan tidak diperbodohkan
dengan auta Menteri Besar dan barisan exconya yang hanya tahu bercakap daripada
membantu rakyat!," tambahnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 Komen