Firma Guaman Kamaruddin & Partners,
hari ini telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk
menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri
Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang
dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum
ke-12 yang lalu.
Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna
air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong,
Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.
“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan
dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas
plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor.
Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan bangle dari
golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini.
Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto
pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara
percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat
bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya kepada pemberita
selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.
Tambahnyaa, SYABAS seharusnya telah menukar meter
plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan
kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak
tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan
plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.
“Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada
tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu
golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala
golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.
Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam
manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan
pengguna air.
Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi
Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan
pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah
pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma
daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.
Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat
Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Bin Mohd
Shreef berkata, Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan
memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di
seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.
Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk
rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam
skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah
dinafikan hak.
Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim
menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan
memberikan air percuma.
“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang
diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan
telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri
Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.
Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir
negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma
sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga.
6:01 AM
1bIup ghd hair straightener
uWft michael kors sale
tJyg ghd hair straighteners
4tAew ugg boots online
9fTuu ghd straighteners