Bajet 2013 – Jadi Harapan Bajet Untuk Meringankan Beban Rakyat


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yakin, pembentangan bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak esok di Dewan Rakyat sekali lagi akan dilabel sebagai ‘Bajet Pilihanraya’ oleh pakatan pembangkang.

“Saya ingat, setiap bajet pun bajet pilihanraya. Kalau didefinasikan bajet pilihanraya itu bermaksud ianya membantu rakyat, dah tentu kita akan buat sesuatu yang akan membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat, dalam suasana sekarang ini di mana kos barangan kita ataupun kos sara hidup kita semakin meningkat.

Jadi usaha-usaha tersebut (usaha bantu ringankan beban rakyat) akan diteruskan dan dalam waktu yang sama, kita akan pastikan suasana iklim pelaburan akan terus meningkat,” ujarnya mengulas mengenai bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, esok di Dewan Rakyat.

Dalam masa yang sama, Mukhriz juga melihat bajet pakatan pembangkang, juga merupakan bajet pilihanraya juga. Bezanya, itu cuma janji kosong kerana mereka tidak akan dapat melaksanakannya kerana mereka bukan kerajaan.

“Tetapi apa yang kita diumumkan biasanya  dalam bajet ialah seuatu yang kita janji, tetapi juga perkara-perkara yang kita buat sebelum ini, yang akan kita teruskan. Jadi maksudnya, bukan janji-janji kosong tetapi kita boleh tengok track record yang begitu cemerlang yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Harapan saya ialah supaya usaha-usaha yang telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas diteruskan. Maksud saya ialah pengimbangan antara kerja-kerja untuk terus menumbuhkan ekonomi kita iaitu mewujudkan satu persekitaran yang sesuai, contohnya menarik pelaburan asing dan tempatan, untuk meningkatkan perdagangan dari segi pertumbuhan ekonomi tetapi dalam masa yang sama, soal pengagihan pun ada,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Ulasnya, soal pengagihan ini mungkin bukan dalam bentuk subsidi yang berterusan tetapi kita mengambil pendekatan lebih tumpuan kepada kumpulan sasar, iaitu membantu golongan yang betul-betul memerlukan.

“seperti yang kita tahu, apabila kita buat subsidi, semua orang dapat. Yang miskin dapat, yang kaya dapat, yang tak sepattutnya pun dapat (orang asing pun boleh dapat). Yang kita nak, biarlah orang-orang wajar, yang layak untuk menikmati bantuan-bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya yang terus mendapat bantuan seperti ini.

Jadi itu harapan saya supaya diteruskan pendekatan yang seimbang ini,” tambahnya lagi. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment