Pemuda MIC Selar Anwar Ambil Alih Tugas Menteri Besar Selangor


Pemuda MIC mengutuk sekeras-kerasnya pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pengumuman bahawa Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Menurut Ketua Pemuda MIC T. Mohan, ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dikendalikan oleh Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai boneka semata-mata.

“Biasanya MB yang mempunyai kuasa untuk mendapatkan persetujuan Sultan Selangor sebelum membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya tetapi ini adalah kali pertama seorang Menteri Besar telah memberikan kuasanya kepada orang luar untuk mengumumkan pendirian dalam pentadbiran Selangor.

“Siapa Anwar Ibrahim untuk mengumumkan perkara ini. Dia hanyalah pemimpin dalam PKR dan penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor, maka hanya boleh memberikan nasihat kepada kerajaan negeri dan tidak mempunyai hak untuk merebut kuasa Menteri Besar. Dia sepatutnya menasihat Tan Sri Khalid untuk memberi kenyataan mengenai keputusan untuk tidak membubarkan DUN Selangor dan bukan dia yang membuat pengumuman tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Pemuda MIC juga melahirkan rasa ragu terhadap pemimpin komponen di dalam pakatan pembangkang untuk bersuara berkenaan perkara ini.

Pemuda MIC merasakan bahawa pilihan raya berasingan akan menjadi beban tambahan kepada rakyat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Rakyat akan bosan datang mengundi dua kali dan juga ini sejumlah besar wang. Lebih baik wang ini boleh digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan di negeri ini. Pemuda MIC hairan mengapa Tan Sri Khalid serta pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang lain mahu Selangor mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan kerana sebelum ini mereka pernah mengumumkan akan turut membubarkan jika PRU diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

“Pemuda MIC tertanya-tanya adakah ini satu tipu helah pakatan pembangkang kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat untuk Barisan Nasional (BN) telah meningkat dan ini menyebabkan impian mereka untuk ke Putrajaya semakin menipis, tambahnya lagi.

Tambah Mohan, pakatan pembangkang tidak perlu bertanding di kerusi negeri dan parlimen dalam PRU akan datang jika mereka tidak mempunyai keyakinan dalam daftar pemilih di Selangor. Mereka harus membenarkan parti-parti pembangkang lain seperti PSM, Parti Cinta Malaysia, KITA dan pihak-pihak lain yang mempunyai keyakinan dalam sistem pilihan raya untuk bertanding.

“Pakatan pembangkang yang sebelum ini melahirkan keyakinan bahawa mereka mempunyai sokongan rakyat tetapi sekarang ini dapat dilihat sebenarnya mereka tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi pengundi pada PRU akan datang. Sebab itulah pakatan pembangkang terus bermain tarik tali samada untuk turut sama menyertai PRU atau tidak. “Saya ragu-ragu sama ada mereka benar-benar mempunyai sokongan seperti yang mereka dakwa,” ujar Mohan. –MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment