PRU13: Anwar Tahu Tarikh?


Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan melontar persoalan, adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dah tahu tarikh pilihanraya sehingga beliau mengatakan bahawa pihak pakatan tidak akan bersama-sama dalam PRU13 di peringkat pusat bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang.

“Dia tak tahu tarikh pilihanraya, kita pun tak tahu tariknya. Katalah kalau ditakdirkan pilihanraya ini pada bulan Mac atau April (2013), adakah kita tak saing? Bila pula dia nak buat pilihanraya (Selangor dan Pulau Pinang)?

Sebab bulan April adalah tarikh akhir pilihanraya. Kalau di peringkat pusat pilihanraya bulan Mac atau April, iaitu tarikh akhir pilihanraya, pihak pakatan tidak akan bersama-sama dengan kita. Dia tak tahu malah kita pun tak tahu, jadi apa yang diperkatakannya ialah satu telahan,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di sini, malam tadi.

Tambahnya, beliau yakin jika pilihanraya di peringkat pusat diadakan di akhir tempoh, pihak pakatan suka atau tidak, akan ikut bersama.  Ini kerana tempoh Dewan Undangan Negeri itu, akan dibubar apabila tempoh masanya tamat.

“Saya yakin tempoh masa DUN Selangor pun lebih kurang bulan April juga. Memanglah kita tahu beliau (Pakatan) mempunyai hak tentang perkara itu, itu tak jadi hal. Kalaulah dia tak bubar, katalah kita pilihanraya dulu, suka betul kita. Kita boleh berkampung di Selangor dan kita akan memastikan Selangor ini kita tawan.

Dia sanggup mengambil risiko itu? Kalau dia nak buat awal, sama juga. Kita akan berkampung di setiap kampung, untuk memastikan Selangor kita tawan. Kita tahu, dia ini suka membohong,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ahmad Maslan dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat mengajak ahli-ahli UMNO di segenap lapisan untuk bekerja keras dan memastikan usaha berterusan semua jentera UMNO Bahagian mampu membawa kejayaan kepada UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

PRU kali ini amat penting kerana menentukan nasib bangsa ,agama dan tanahair, malah rakyat negara ini mempunyai banyak sebab mengapa perlu menolak PKR serta penyokong-penyokongnya.

“Ini amat penting kerana jika pakatan pembangkang yang memerintah maka bangsa Melayu akan hancur di tangan mereka. Kita akan kehilangan segala hak keistimewaan yang kita dapat selama kerajaan Barisan Nasional memerintah sekiranya mereka mengambil alih kerajaan,” ujarnya.

Datuk Ahmad Maslan turut menerangkan 10 sebab mengapa perlu memilih Dato’ Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan menyokong penuh pentadbiranya selain, 10 sebab mengapa perlu menolak Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Malah, kenyataan beliau itu mendapat perhatian serius daripada para perwakilan UMNO yang hadir.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment