Tunjuk Punggung Pada Orang Yang Salah, Sepatutnya .....


Perbuatan biadap menunjukkan punggung dan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada malam merdeka, 31 Ogos lalu seolah-olah mendapat sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip berkata, Anwar bukan sahaja mendiamkan diri malah seolah-olah menyokong perbuatan biadap ini.

“Bab tunjuk punggung ini, saya nak beritahu bahawa dia tunjuk punggung pada salah orang. Dia tunjuk punggung pada gambar Perdana Menteri. PM kita, Datuk Seri Najib dia tak minat punggung. Dia patut tunjuk punggung pada pemimpin yang minat pada punggung, itu baru betul.

Saya yakin jika dia tunjuk punggung pada pemimpin yang minat pada punggung, pemimpin itu akan memberikan tindak balas serta merta, tapi dia kena tanggunglah tindak balas tersebut,” ujarnya mengulas tindakan biadap peserta Janji Bersih yang menunjukkan punggung dan memijak gambar pada gambar PM serta tindakan segelintir mereka yang mahu menukar bendera Jalur Gemilang.

Dalam masa yang sama, Zahid menyifatkan tindakan-tindakan ini sebagai satu tindakan yang khianat pada negara dan mereka yang terlibat harus dikenakan tindakan yang seberat-beratnya, umpamanya sebat.

“Pelaku-pelaku ini perlu disebat, ini berdasarkan pada kes dan kejadian yang pernah berlaku di Singapura pada tahun 1984, apabila seorang rakyat Amerika yang melakukan perbuatan vandalism dengan menconteng muka Lee Kuan Yew, polis Singapura terus menangkap  dan tertuduh didakwa di mahkamah Singapura dan dikenakan hukuman denda 3500SD, empat bulan penjara dan dikenakan 4 sebatan.

Walaupun mendapat tentangan dari 24 orang senator Amerika Syarikat yang menulis surat kepada Lee Kuan Yew, tetapi hukuman sebat tetap dilaksanakan, sebab kesalahannya vandalism, conteng gambar Lee Kuan Yew,” ujarnya yang juga mantan Naib Ketua Pemuda Keadilan Nasional.

Tetapi di Malaysia, pijak gambar PM, tayang bendera  yang bukan bendera Malaysia, dalam masa yang sama juga tunjuk punggung pada gambar Perdana Menteri, tindakan polis sangat pantas, iklan dalam suratkhabar, minta peserta-peserta perhimpunan supaya menyerah diri kepada polis tetapi apabila mereka menyerah diri kepada pihak polis, tak sampai dua jam, mereka dah dibebaskan.

“Tak sampai dua jam, mereka dah dilepaskan, lokap pun tak rasa. Sebab itu mereka tak takut. Saya cadangkan agar pelaku-pelaku ini dikenakan hukuman sebat sebagai pengajaran kepada yang lain. Ini bila minta maaf, selesai masalah. Dulu kita pernah dengar ada sekumpulan pemuda yang baling botol arak ke dalam masjid, minta maaf selesai masalah. Namawee, tukar lagu, hina lagu Negaraku, minta maaf selesai masalah.

Sekarang minta maaf lagi, jadi apa pengajaran yang kita ada? Mereka dah tak takut lagi. Sebab itu saya minta pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan menteri sendiri, juga Peguam Negara segera bertindak,” tambahnya.

Zahid turut mendedahkan, Pemuda Keadilan (Angkatan Muda Keadilan) telah mengaku bahawa dia yang mencipta bendera itu, dan mendapat sokongan moral dari Anwar Ibrahim.

“Jenis manusia apa Anwar ini? Pada rupa wajah Malaysia ini pun nak ditukarnya. Pasal pijak gambar Perdana Menteri tu, saya nak beritahu yang dia bukan pijak gambar YAB Datuk Seri Najib Razak tetapi dia pijak gambar YAB Perdana Menteri Malaysia.

Jawatan PM, Najib dapat dari mana? Jawatan PM ini bukan dapat tepi longkang, bukan dapat dalam jamban waktu makan aiskrim, tetapi jawatan Perdana Menteri ini dapat di depan Yang Di Pertuan Agong, caranya mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong. Maknanya, Agong yang lantik.

Bila Agong lantik Perdana Menteri, seluruh rakyat Malaysia harus menghormati perlantikan yang dibuat oleh Duli yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Bila dia pijak gambar PM, maknanya dia hina Agong, dia hina negara, dia meruntuhkan maruah negara kita,”ujarnya lagi. 

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    5:59 AM

    6aNzh ghd hair
    lXdl michael kors coupon
    pTpb ghd nz
    9xWdo ugg boots
    7hWtn ghd uk

Post a Comment