1515 Lagi Tuntut Hak Air Percuma Mereka



Dalam tempoh 30 hari, 5,500 pengguna air di Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tujuan yang sama.

“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.

Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan.

“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen berkenaan,” ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    4:06 PM

    Buat ler mass movement...semua yang tak dapat air manifesto PKR...semua buat demo,...duduk protes ramai-ramai di Pejabat MB.
    Boleh jemput semua anak yatim Selangor,...semua fakir miskin Selangor...buat demo raksaksa...gegarkan MB...lepas tu berjalan ke masjid negeri...buat sembahyang hajat paling ramai...pecahkan book of records...mohon allah tolong rakyat selangor...rakyat yang ditindas kerajaan...anak yatim yang dirampas tanah mereka di serendah...yang dianiaya oleh kerajaan Selangor. Apacam Dato Noh...Ir Md Zin...ada berani ker???? Baru ler ada political impact!!!!

Post a Comment