Anwar Ibrahim Ibarat Burung Unta Di Padang Pasir – Ibrahim Ali

Burung Unta Di Padang Pasir

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti burung unta di padang pasir kerana  tindakan Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Tambahnya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

“Kita tahu, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang. Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas,” ujarnya ketika ditemui di Lobi Dewan Rakyat selepas sidang berakhir lewat petang semalam.

Beliau turut mempersoalkan adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau hakikatnya takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama, Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Dalam masa yang sama, saya sedar, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya  memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    9:11 AM

    ingatkan unta je ada kat padang pasir rupanya burungnya pun ada.

  2. Anonymous
    9:41 AM

    kalau bukan penipu...pengkhianat...perosak.......peliwat...penyangak bukan anwar lah namanya....

    aku ikut dia ni dr mula masuk umno sehingga skrg cara dia ni suka ckp bergegar....mcm dia terer sgt tp zahirnya penakut apa pun takde..mcm mana lah mahathir bleh amik dia jadi timb pm masa tu.....

    lulusan sarjana muda kepujian sastera melayu tp citer bab ekonomi mcm pakar sgt....TU PUN ULANG 1 SAMESTA

    LU PIKIR LAH SENDIRI.....puuiii....

  3. Anonymous
    7:53 AM

    Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..

    Forward by Pasar Taman Desa Jaya, Kepong, KL...

Post a Comment