BADUT Melucukan Ini Anwar Katakan MB Paling Berjaya


UMNO Selangor lucu dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sebagai Menteri Besar yang paling berjaya.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kenyataan daripada Ketua Umum PR boleh dikategorikan sebagai sangat melucukan.

“Saya mengatakan demikian kerana rakyat Selangor sedia maklum bahawa pentadbiran kerajaan Selangor sekarang lebih suka menipu rakyat daripada memberi gambaran sebenar apa yang terjadi.
Sebagai contoh, bila saya mendedahkan tentang kerugian yang dihadapi oleh UNISEL berjumlah RM54 juta dalam tempoh 3 tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2010, Menteri Besar Selangor tanpa segan silu menafikan dakwaan saya tersebut.

Beliau mengatakan bahawa laporan audit tersebut tidak dimuktamatkan lagi dan menuduh saya tidak memahami tentang akaun. Sila rujuk laman web www.selangorku.com bertarikh 10 September 2012 yang bertajuk MB: Laporan Audit UNISEL Belum Diselaras, Noh Tak Faham Akaun,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, pembohongan Menteri Besar Selangor akhirnya terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini mendedahkan kerugian UNISEL dan ini secara jelas membuktikan dakwaan saya adalah betul dan juga semua jumlah yang didedahkan adalah tepat.

Ini tidak termasuk hutang penyelenggaraan asrama pelajar UNISEL kepada kontraktor yang difahamkan telah pun mencecah RM 19 juta yang gagal dijelaskan. Kegagalan tersebut telah menjejaskan keselesaan dan keselamatan pelajar di asrama mereka. Perkara ini juga telah di sentuh di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

“Inikah cara pentadbiran yang dikatakan sebagai pentadbiran Menteri Besar paling berjaya? Saya berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor sudah sedar cara pentadbiran Kerajaan Selangor yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menipu rakyat.

Sekiranya Menteri Besar Selangor adalah seorang yang mengamalkan ketelusan di dalam pentadbiran saya cabar beliau supaya menafikan dakwaan saya bahawa Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk menjual 5 aset bangunan mereka iaitu Wisma Yakin (RM7juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM85j), PKNS Bangi (RM42J), PKNS Petaling Jaya (RM90J) dan SACC Mall (RM97J) dengan nilai RM 321 juta.

Sekiranya benar Menteri Besar Selangor pandai mentadbir dan telus kenapa aset-aset ini perlu dijual?,” ujarnya lagi.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. alamak...sial betul pkr ni. habis harta benda rakyat selangor dulu kena jual. apa yg dulu harta rakyat, kini habis punah ranah kena jual. sial betul korang. takpe, korang jwb kt akhirat nanti.

Post a Comment