Bajet 2013 Beri Kepentingan Besar Kepada Rakyat, Gelisahkan Pembangkang


Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak 28 September lalu sebagai Bajet yang memberikan kepentingan besar kepada seluruh rakyat Malaysia, dalam semua kategori.

Ujarnya, bajet ini juga merupakan bajet yang memberansangkan kepada semua pihak, ertinya rakyat di semua peringkat mendapat nikmat hasil daripada usaha gigih Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali lagi akan diberikan kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah, juga kepada orang muda (orang bujang).

Ia juga merupakan bukti sokongan kerajaan, kecaknaan kerajaan kepada rakyat, hasil dari peningkatan ekonomi kita, pendapatan negara bertambah, inilah satu-satunya perjuangan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara,” ujarnya ketika di temui di Lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambahnya, kalau dibandingkan dengan Bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dua hari sebelum pembentangan Bajet Kerajaan, bajet pakatan ini hanyalah sebuah bajet impian yang belum tentu dapat direalisasikan berbanding bajet yang diumumkan kerajaan BN yang telah terbukti meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan utama selama ini.

“Bajet mereka (Pakatan) hanya sekadar janji sahaja berbanding janji kerajaan kerana apa  yang penting janji ditepati. Hakikatnya, pembangkang tentunya gelisah kerana rata-rata rakyat menerima dan gembira dengan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri.

 “Sebab itu mereka menyifatkan bajet yang dibentangkan itu sebagai gula-gula. Kalau bajet yang dibentang kerajaan itu gula-gula atau bajet pilihanraya, bajet mereka apa pula?,” ujarnya.

Sememangnya sudah menjadi sikap pembangkang yang tidak pernah melihat secara positif tindakan kerajaan sebaliknya ia dipandang buruk dan tidak baik di mata mereka yang dilihat semakin gila kuasa.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment