Berebut Kerusi MB Selangor, Berebut Nak jadi Menteri Bayangan, Anak-Beranak Jadi Menteri Kabinet


Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan melihat pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam PKR Selangor bukan masalahnya dan bukan urusannya sebaliknya melihat kemelut ini membuktikan bahawa fokus utama pemimpin-pemimpin PKR ini hanya mengutamakan kuasa dan pangkat, bukannya kepentingan rakyat didahulukan.

Ujarnya, siapa yang tidak tahu di Selangor berlaku pergolakan antara parti dalam parti, perebutan kuasa dalam parti, antara pasukan Azmin Ali dengan pasukan Khalid. Jadi kalau nak tahu, Tanya sendiri pada kumpulan Tan Sri Khalid sendiri, sudah tentu kumpulan ini akan menolak Azmin dan kumpulan Azmin pula akan menolak Khalid.

“Ini adalah bunga-bunga awal yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PKR, walaupun tidak berapa jelas tetapi kita tahulah memang berlaku perpecahan dalam parti PKR di Selangor ini.

Tambahnya, kemelut ini bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat ranting dan cabang pun wujud keretakan apabila ada team A dan team B,” ujarnya mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini bahawa kemungkinan MB Selangor akan bertukar selepas PRU13.
  
Dalam perkembangan lain, Sohaimi turut meminta rakyat menilai kabinet bayangan pakatan pembangkang namun beliau yakin akan berlaku kekecohan dan perpecahan dalam pakatan kerana mereka sedang berebut-rebut jawatan dalam kabinet bayangan atau kabinet impian mereka ini semata-mata.

“Semuanya nak jadi menteri dan semuanya nak duduk dalan cabinet sedangkan mereka ada tiga parti yang berbeza polisi dan ideology, kini semuanya berangan-angan kalau mereka dapat merampas Putrajaya, semuanya berangan nak jadi menteri.

Saya bayangkan akan berlaku masalah kerana parti yang mendominasi pakatan ini akan bergaduh dengan parti-parti kecil yang lain. Namun saya yakin dan percaya, rakyat akan dapat menilai dan Barisan Nasional akan terus diberi peluang untuk mentadbir negara,” tambahnya lagi.

Tambahnya, apa yang lebih menarik dalam kabinet bayangan ini wujud kerajaan anak-beranak apabila Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah turut berada dalam kabinet bayangan ini.

“Dia memang begitulah, parti anak beranak, DAP pun sama, anak menantu semua ada, Pas pun sama jadi rakyat boleh tengok dan menilai sendiri di mana nak menunjukkan ketelusan. Dari segi itu pun kita dah tahu dan ini tidak berlaku dalam BN, perlu melalui proses pematangan, perlu ada pemilihan dan pertandingan di setiap peringkat berbanding dengan pakatan ini yang boleh pick-up sahaja siapa yang dia suka, khususnya parti anak-beranak,” tambahnya lagi. 

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:52 AM

    Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..

    Forward by Pasar Taman Desa Jaya, Kepong, KL...

Post a Comment