Dana Asing untuk gulingkan kerajaan, Kerajaan wajib bentang Kertas Putih di Parlimen

Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat.

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, penyaluran dana asing ini merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini.

"Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.

GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing," ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan.

"Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imegresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat menyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini.

Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara penyeluruh pengaliran masuk dana asing yang mempunyai niat jahat yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam, kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini.

Kerajaan juga wajib membentang lapuran suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi di negara ini," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:51 AM

    Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..

    Forward by Pasar Taman Desa Jaya, Kepong, KL...

Post a Comment