Datuk Ditipu RM462,000 MD GLC - Ini Buktinya .....



Ahli perniagaan bergelar Datuk yang mendakwa ditipu dua orang adik beradik termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini mendedahkan tiga dokumen berkaitan penipuan menyebabkan dia kerugian RM462,000.



Dokumen itu ialah dua keping surat perjanjian menunjukkan dia akan mendapat hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti (4S) daripada orang kenamaan itu dengan semua urusan berkaitan diuruskan abangnya yang menjadi orang tengah, termasuk mengambil yuran pengenalan.

Satu lagi dokumen ialah bukti cek tendang sebanyak RM30,000 yang dikeluarkan pada dua tarikh berbeza namun dikembalikan selepas akaun terbabit ditutup menyebabkan mangsa mula mengesyaki dia ditipu dan meminta kembali semua wangnya serta berhasrat untuk membatalkan perjanjian itu.

"Namun, lelaki itu terus menghilangkan diri dan usaha saya untuk mendapatkan adiknya yang juga pengarah urusan itu tidak dilayan biarpun sudah berkali-kali membuat temujanji dengan pembantunya di pejabat.

"Saya kesal kerana sebagai seorang peneraju syarikat automotif terkenal, dia sanggup bersekongkol dengan abangnya untuk menipu saya menyebabkan perniagaan saya merosot dan saya pula dihimpit masalah kewangan kerana sebahagian besar simpanan digunakan untuk membayar wang diminta mereka berdua," katanya.





Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    11:23 PM

    Nie bahan bukti ker nie .... lu jangan main tuduh-tuduh ....

    lagi satu.... cuba bagi nama MD tu, supaya senang dan bukannya satu fitnah ....

    Setakat dokumen2 macam nie, aku pun boleh buat .....

  2. Panas gak nie... siapa MD tu bro, betul ker dia menipu Datuk "?' nie sampai RM462,000...

    Datuk nie pun mangkuk gak, takkan dia tak siasat betul-betul...


    Apapun, kena selesaikan isu nie segera agar jangan sampai lebih ramai lagi kena tipu..... (kalau yea lah kena tipu)....

  3. Nantilah, kita tunggu pendedahan yang berikutnya ... mungkin ada lagi...

    kawan bukannya pandai sangat bab perjanjian business macam nie ...

    Kawan dulu pun jual ikan keli jer.... mana mampu nak citer projek ratus ribu ...

    Apapun, kita tunggu yer

  4. Anonymous
    7:35 PM

    harapnya terbongkar cepatlah yer...mungkin sampai berjuta

Post a Comment