Datuk Ditipu RM462,000 – MD Sebuah GLC Terlibat…. Siapa Gerangannya?



Hasrat seorang usahawan bergelar Datuk untuk meluaskan perniagaannya dengan mencuba bidang automotif bertukar mimpi ngeri apabila dia ditipu beberapa individu termasuk MD sebuah GLC yang juga adik beradik mendakwa boleh mendapatkan ruang pameran menyebabkannya kerugian RM462,000.

Bukan saja terlepas peluang niaga, lelaki yang mahu dikenali sebagai Datuk Alvin itu mendakwa, dia kini terpaksa menanggung bebanan hutang selepas beberapa rakan perniagaannya menuntut janji untuk membuka syarikat terbabit selepas berurusan dengan seseorang yang mempunyai hubungan dengan 'orang kuat' industri automotif negara.
 
Menurutnya, dia didatangi lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai penggiat industri jualan kereta dan menawarkan peluang kepadanya untuk membuka beberapa ruang pameran di kawasan Lembah Klang sebelum meminta wang pendahuluan.
 
“Berminat dengan tawaran itu, saya kemudiannya membuat bayaran antara RM20,000 hingga RM200,000 secara beransur-ansur dan dijanjikan dengan peluang perniagaan francais oleh sebuah syarikat automotif.
 
“Saya kemudiannya dibawa melawat kilang induk syarikat berkenaan di Selangor dan diperkenalkan kepada seorang pengarah urusan yang juga adik kepada lelaki itu sebelum menandatangani satu dokumen perjanjian untuk mendapatkan hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti,” katanya ketika membuat aduan kepada sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
 
Eric berkata, selepas menunggu beberapa bulan, dia berhubung dengan lelaki itu untuk bertanyakan mengenai status projek yang dijanjikan namun dia memberikan beberapa alasan selain meminta wang berjumlah RM200,000 sebagai jaminan untuk mendapatkan hak pengedaran dijanjikan.
 
Katanya, tidak lama selepas itu dia mengesyaki dirinya tertipu apabila bertemu dengan seorang rakan yang meminta dia memeriksa latar belakang lelaki berkenaan sebelum mendapati individu terbabit diisytihar muflis sejak beberapa tahun lalu.
 
“Saya terus meminta wang saya dikembalikan dan dia memberikan pelbagai alasan dan pada masa sama dia terus meminta wang dengan alasan adiknya perlukan duit. Dia berjanji akan mengembalikan semua duit saya dengan menandatangani surat perjanjian.
 
“Pada 3 Julai, dia memberikan sekeping cek berjumlah RM10,000 dan berselang tiga hari, saya terima cek RM20,000 namun kedua-duanya dipulangkan kerana akaun sudah ditutup,” katanya yang turut membuat aduan kepada pejabat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu.
 
Eric berkata, dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai polis Tun H.S Lee dan merancang untuk membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment