Empangan Sungai Selangor Kritikal, Kerajaan Negeri Terus Mendiamkan Diri


Selepas 5 hari lepas meninjau paras Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu, hari ini pihak Gerakan Prihatin Rakyat Selangor sekali lagi ke sana untuk mengetahui keadaan semasa di sana, memandangkan hujan lebat turun setiap hari di  kawasan sekitar empangan ini sejak seminggu lalu.

Namun, keadaan semasa tidak menunjukkan apa-apa peningkatan paras air sejak lawatan yang pertama yang lalu.

Pengerusi GPRS, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, kita rasa pelik kerana sehingga hari ini, Kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa di negeri Selangor langsung tidak mengeluarkan kenyataan, dan dalam masa yang sama, tidak membenarkan operator air Selangor untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada umum untuk mengetahui perkembangan semasa isu air di Selangor ini.

“Selepas lawatan pertama lalu, kita Nampak kerajaan negeri seolah-olah tidak mahu menyambut atau keluar kenyataan rasmi. Ini terbukti kerajaan negeri ini hanya mahu main politik sahaja, langsung tidak mahu memberikan kenyataan yang sebenar.

Sebagai Rakyat Negeri Selangor, kita juga nak minta Tan Sri Muhyiddin  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Air yang dibentuk untuk datang dan tengok sendiri keadaan ini, barangkali ada perkara-perkara baru yang boleh kita ambil penyelesaian,” ujarnya kepada pemberita selepas melawat Empangan Sungai Selangor, petang tadi.

Tambahnya, kita tengok hujan setiap hari tapi paras air masih juga tidak berganjak, kalau keadaan ini berterusan, isu air ini harus menjadi isu utama untuk ditangani dan ia akan jadi masalah kepada rakyat negeri Selangor kalau kita tidak buat tindakan awal dari sekarang.

“Kita patut belajar dari pengalaman dan kesilapan dulu, kita belajar pengalaman lepas apabila empangan ini diwujudkan selepas Selangor  mengalami krisis air pada tahun 1997, maka Sungai Selangor merupakan sungai terakhir, di mana empangan dibuat untuk penyelesaian di kawasan Hulu Selangor.

Tapi di Selatan Selangor ada masalah pada masa depan, sepatutnya kita harus belajar dari pengalaman 1997-1998 ini untuk kita atasi segera, untuk kita satu perancangan jangka panjang, untuk penyelesaian masa depan. Jadi kerajaan negeri hari ini bukan sepatutnya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi belajar dari pengalaman yang lepas,” tambahnya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri harus memberikan kerjasama dalam menangani konflik ini, bukannya hanya mementingkan ideologi politik yang berbeza hingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat.

“Empangan yang ada hari ini, cukup-cukup sahaja dengan rizab yang ada kita difahamkan bawah 2 peratus dan ianya bukan jaminan  dan sebagai bukti, kita lihat Empangan Sungai Selangor ini sahaja, walaupun hujan lebat setiap air tetapi empangan ini berada di tahap kritikal dan kerajaan negeri harus mengeluarkan kenyataan rasmi, berapa tahap kritikalnya, kandungan air kerana di bawah ini ada mendakan, dan bukannya buat kenyataan akan buat pembenihan awan kerana ini merupakan satu penyelesaian untuk jangka masa pendek sahaja,” tambahnya lagi.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    9:00 PM

    Dah lah suhaimi, jgn nak tunjuk pandai...ekau pun apo kurangnya

  2. Ko merepek pe?? Org sibuk masalah air ko sibuk pasal nak tunjuk pandai...yg bodoh ko lahh jugak nanti

Post a Comment