Ganguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Klang, Shah Alam


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau di Klang dan Shah Alam sejak 6 pagi tadi ekoran gangguan bekalan air tidak berjadual di kedua-dua kawasan.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya,  Priscilla Alfred berkata siasatan Syabas mendapati gangguan berpunca daripada penurunan paras air di kolam air Hicom ekoran perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menutup satu daripada injap yang mengawal dan menyalur air di kolam itu.

"Satu laporan polis telah dibuat supaya siasatan terperinci berhubung perkara itu dapat dilakukan kerana perbuatan pihak berkenaan menyebabkan sesetengah kawasan di Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air serta tekanan air rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 33,464 akaun di Bandar Pinggiran Subang, Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Bandar Puteri, Jalan Kebun, Kampung Lombong, Bukit Naga, Bukit Kemuning, Bukit Tiga, Taman Subang Mas, Kampung Baru Hicom, Kampung Kebun Bunga, Seksyen 33, Seksyen 32, Seksyen 28, Seksyen 27, Seksyen 26, Seksyen 25 dan Seksyen 22 mengalami gangguan bekalan air.

Priscilla juga berkata Syabas membuka semula injap di kolam air Hicom pada 12.15 tengah hari, dan memandangkan permintaan yang tinggi, bekalan akan pulih secara berperingkat dalam tempoh dua hari.

Katanya, sepanjang tempoh gangguan, Syabas menyediakan enam lori tangki  untuk membekalkan air ke kawasan yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol di 1-800-88-5252 atau taip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    4:00 AM

    PR kata:

    Kan tuan tuan dulu undi kita pasal setuju 'Ubah'. Kitorang tak kata pun ubah jadi lebih baik. Sekarang ni kan satu perubahan juga. Yang mana rakyat tak pernah merasa kekurangan air yang bakal teruk. Dapatlah rakyat merasa.

    Untuk macam macam lagi pengalaman pengalaman indah yang tak dapat di lupakan bersedia lah untuk UBAH! Undi PR.

    KITA TAK KATA UBAH UNTUK BAIK. KITA KATA UBAH SAJA.

    Macam gak la hukum gantung. Tak kata pun sampai mati. belum mati PR putong tali he he he atau gantung dengan benang.

    Jangan lah sokong orang orang gila kaki maksiat depan belakang atas bawah ni. Jahanam negara di murkai Allah

Post a Comment