Hujan Setiap Hari, Air Di Empangan Terus Merosot



Paras Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa lalu.

Demi untuk melihat dan meninjau sendiri keadaan empangan tersebut, hari ini Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, diketuai pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan telah melawat dan meninjau keadaan sebenar empangan tersebut.

Ujarnya, tahun lepas memang ada penyusutan air kerana fenomena cuaca, namun difahamkan krisis ini akan berterusan. Ini kita tak jangka kerana ianya fenomena alam, sungguhpun hujan lebat turun setiap hari sekarang ini, tidak ada jaminan empangan ini akan dipenuhkan

Tambahnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan pihak kerajaan negeri akan membuat pembenihan awan bagi menangani krisis penyusutan air di Selangor.

“Pembenihan awam bukan jalan penyelesaian kepada isu air di sini kerana pembenihan awan ini mungkin sesuai untuk menangani masalah jerebu dan menangani indeks cuaca yang kurang baik, bolehlah.

Sebenarnya kerajaan negeri kena keluarkan kenyataan yang jelas, yang betul-betul fakta ataupun melalui agensi yang berkenaan untuk memaklumkan kepada orang ramai dan rakyat apa yang terjadi. Kita perlu diberikan kefahaman paras kritikal kerana kita faham air ini, bukan semunya air sebaliknya di bawahnya ada keladak, lumpur dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Tambahnya, kita kena tahu paras kritikal air dan keduanya paras minimum penggunaan air yang patut ada di empangan ini. Seterusnya, kita lihat isu air sekarang ialah isu sumber air dan penyelesaian yang dibuat mestilah penyelesaian jangka panjang kerana ini selepas krisis air pada tahun 1997-1998, barulah Empangan Sungai Selangor ini dibuat.

“Selepas 14 tahun, ia juga ada kaitan juga dengan Empangan Langat 2. Jika kita lihat Empangan Langat 2 ini bertujuan untuk pembelian air dari dari Pahang, sumber air yang berasingan dari negeri Selangor. Air ini akan masuk dan diproses, dan lebihan air yang banyak lebih dari 15 peratus penggunaan di Selatan Selangor.

Jadi, ini adalah alternative tetapi saya masih tidak faham, kenapa kerajaan negeri berdolak-dalik dalam isu ini dan dalam keadaan yang begini pun masih bahawa air ini adalah keutamaan kepada rakyat negeri Selangor dan perlu ditangani dengan cermat, ditangani dengan serius.

Saya Nampak kerajaan negeri ambil sambil lewa dan berlawan dengan kerajaan pusat atas alasan yang mereka sendiri tahu jadi saya percaya rakyat Selangor perlu sedar dan diberikan pemahaman kejadian yang sebenarnya seperti krisis air dan maklumat asas proses air ini berlaku, serta implikasi-implikasinya dalam jangka masa panjang,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Tambahnya, satu tindakan jangka masa panjang perlu dibuat sekarang untuk atasi isu air untuk beberapa tahun ke depan bukannya nak buat pembenihan awan,  nak rawat air lombong dan sebagainya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

115 Komen

Post a Comment