Isu kontrak benih padi- Mahfuz Terkedu.


Saya merujuk kepada kenyataan pemimpin pembangkang bahawa pemberian kontrak pembekalan benih padi sah diberikan kepada syarikat yang tidak layak seperti dakwaan YB Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini.

Semasa penggulungan bajet semalam, saya menjawab tuduhan dari pembangkang mengenai isu ini, Tender benih padi sah ini telah dibuat secara Tender Terbuka dalam memastikan banyak pihak berpeluang melibatkan diri dan bagi menjaga kualiti benih padi, kementerian telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi oleh petender. Syarat-syarat tender adalah seperti berikut:

1-syarikat berstatus Bumiputera daripada Kementerian Kewangan.
2-mempunyai kod bidang 120201 (tanaman/benih semaian)
3-mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri.
4-mempunyai mesin Indented Cylinder atau Optical Color Sorter iaitu mesin pengasing benih padi mengikut saiz.

Sehingga tarikh akhir tender iaitu pada 29 Mac 2012 hanya 5 syarikat sahaja yang memenuhi syarat tender termasuklah syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd dan S.M.Nor Sdn Bhd yang dituduh sebagai kroni kepada saya dan 3 lagi syarikat adalah Kilang Beras Jelapang Selatan, Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu dan OBL Maju Sdn. Bhd.

Mengikut Peraturan Kewangan hanya syarikat yang memenuhi syarat tender sahaja yang layak dipertimbangkan. Walaubagaimanapun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beranggapan bahawa peluang harus diberikan supaya banyak syarikat mengambil bahagian.

Kementerian telah memberi kelonggaran kepada syarikat yang berminat supaya memenuhi syarat tender yang telah ditetapkan WALAUPUPUN TARIKH AKHIR TENDER TELAH TAMAT dengan syarat semua kreteria dipenuhi SEBELUM Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat.

Sebagai contoh. Syarikat Felcra Plantation Services Sdn Bhd telah mengemukakan Sijil Status Bumiputera kepada kementerian hanya pada 16 April 2012.

Ekoran daripada kelonggaran yang diberikan oleh kementerian terdapat 5 lagi syarikat telah memenuhi syarat tender iaitu Paddytech Resources Sdn Bhd, Padi Pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd, PPK Puteri Saadong, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd  dan Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd. Ini telah menjadikan keseluruhan syarikat yang memenuhi syarat tender adalah 10 syarikat.

Semasa Mesyuarat Penilian dibuat didapati kesemua 10 syarikat tersebut telah memenuhi syarat tender. Kementerian telah menetapkan kuota bekalan (grading) adalah berdasarkan kepada kapasiti kilang syarikat dengan tujuan untuk mengelakkan wujud kegiatan monopoli.

Sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.

Saya juga melihat isu kuota ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata dan mungkin pihak pembangkang lebih suka sistem monopoli ini diteruskan.

Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat telah diberikan peluang.

Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar
Chennai, India.


Sumber: Noh Omar
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment