Jangan Salahkan UMNO Jika Haron Din & Shahnon Ahmad Menempelak Anwar


Semakin hari tembelang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin koyak, satu persatu kejadian yang boleh jadi bukti kepada orang Islam terutamanya penyokong PAS untuk menilai kembali hubungan parti itu dengan Anwar, adakah hubungan ini akan menguntungkan atau sebaliknya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, jangan UMNO atau Barisan Nasional dipersalahkan atau dilihat sebagai sandiwara UMNO jika kita melihat tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din 'bantai' Anwar yang disifatkan beliau bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian Islam untuk membentuk sebuah negara.

“Syukur Alhamdulillah, jika kesedaran itu datang dari pemimpin Pas sendiri sebab kita dah sebut perkara ini dah lama, kuma kreabiliti kita diserang hebat sampai orang tidak percaya tetapi kita ada juga penyokong yang taksub yang hanya mendengar pemimpin mereka sahaja. Jadi apabila Haron Din bahawa Anwar Ibrahim akan membuat pendekatan yang menguntungkan dia (Anwar Ibrahim) sahaja, saya rasa bersyukur sebab perkara itu kita dah nampak lama, sejak dia di dalam UMNO pun kita dah nampak.

Cuma, jangka masa yang nak diambil untuk melihat kebenaran ini jangan lama sangat. Jadi dah sampai masa untuk pengikut dan penyokong parti Pas menilai balik kerana ini diucapkan oleh pemimpin mereka sendiri,” ujarnya mengulas tindakan Haron Din yang menempelak Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tambahnya, begitu juga dengan Shahnon Ahmad yang mengatakan bahawa landasan Pas sudah jauh terpesong yang juga telah dinyataan sekian lama, hari ini jelas diterima oleh Shahnon Ahmad.

“Cuma satu harapan saya agar jangan ada sesiapa mengatakan kedua-dua tokoh ini dibayar oleh UMNO atau kedua-dua kenyataan ini adalah agenda UMNO.  Sebab, perkara itu tidak berlaku dan kita juga tidak ada masa untuk menggunakan orang dan janganlah merendahkan kreabiliti dan tahap intelektual kedua-dua pemimpin Pas tersebut.

Saya percaya ia datang dengan satu kesedaran dan pemerhatian yang cukup jitu terhadap Anwar Ibrahim dan perjuangan Pas di kala ini. Saya percaya perjuangan Pas semakin terpesong kerana pimpinan yang ada itu adalah mereka yang sama-sama mempertahan dan memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim,” ujarnya ketika ditemui di Lobi Parlimen sebentar tadi.  

Tambahnya, Pas mempunyai kekuatan, kelebihan dari segi agama, cuma menggunakan agama dalam politik yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

“Jadi sudah sampai masanya mereka memperbaiki keadaan, bukan pasal politik tetapi pasal  kedudukan agama Islam itu sendiri, dengan kuatnya politik maka kita memperjuangkan agama Islam, begitu juga dengan meletakkan Islam di kedudukan yang betul, Insya-Allah dari segi kuasa iaitu politik, dapat kita kekalkan samaada mereka ingin bersama atau tidak, itu akan menjelaskan pendirian mereka yang sebenar.

Semakin mereka berada bersama (dalam pakatan pembangkang), saya rasa Pas akan terpecah dua, bagaimana hebat bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh Haron Din dan Shahnon Ahmad, sebenarnya ia tidak memberika sebarang faedah kepada agama kita dan kepada politik di dalam negara kita,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar, Johor. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:01 PM

    kerana nuar.. agak2 apa plak juak2 Pas akan lebalkan ustaz Haron ni sebagai apa..?? sama2 kita tunggu

Post a Comment