Kalau Mampu Tolong Talam Mustahil Kerajaan Selangor Tak Boleh Bantu Rakyat Bawahan


Rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor mempunyai hak untuk meminta kerajaan negeri untuk membantu mereka menyelesaikan masalah hutang rumah yang hampir tergadai, memandangkan kerajaan mampu untuk melunaskan hutang Talam yang berjumlah ratusan juta untuk menyelamatkan syarikat korporat tersebut.

Menurut Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi, jika kerajaan negeri mampu untuk membantu sebuah syarikat korporat dengan jumlah ratusan juta ringgit, masakan kerajaan negeri tidak mampu untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin yang kini hampir kehilangan tempat tinggal mereka akibat tidak mampu membayar ansuran rumah.

“Selama ini Pakatan Pembangkang mendabik dada mengatakan bahawa mereka adalah pembela rakyat. Gerakan politik mereka untuk menguasai pentadbiran negeri adalah untuk rakyat. Jadi hari ini, buktikanlah! Janganlah hanya tahu bercakap, tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.

“Sudahlah janji-janji dalam manifesto 90 peratus tidak terlaksana, lepas itu mereka bazirkan pula duit kerajaan negeri dengan pembelian dan bantuan yang tidak munasabah. Jika kerajaan negeri benar-benar bekerja untuk rakyat, buatlah sesuatu untuk membantu golongan yang meminta bantuan kerajaan negeri untuk menyelamatkan rumah tempat tinggal mereka itu,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar berpendapat bahawa sepanjang empat tahun pemerintahan Pakatan Pembangkang di Selangor, tidak ada sesuatu perubahan yang boleh dibanggakan.

“Hari ini, biarpun sudah menjadi kerajaan, kepimpinan Pakatan Pembangkang terus sibuk berpolitik. Selain dari sibuk menyalahkan UMNO dan BN itu dan ini, mereka juga sibuk dengan politik dalaman yang tidak sudah-sudah.

“Saya yakin, jika beginilah keadaannya maka amat jelas bahawa pemimpin di dalam Pakatan Pembangkang, khususnya di Selangor yang hanya tahu berpolitik tetapi tidak tahu mentadbir uruskan negeri. Mereka lebih sibuk menguruskan hal ehwal politik mereka sendiri, daripada meninjau dan menyelesaikan permasalahan rakyat marhain. Jika beginilah sikap mereka, status negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju akan terjejas dan tergugat,” ujarnya.

Beliau juga amat yakin bahawa rakyat di Selangor sudah mula sedar akan kepincangan teruk dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat kini sudah mula sedar, bahawa BN setakat ini masih lagi pentadbir yang baik meskipun ada cacat celanya berbanding dengan pentadbiran  yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang di Selangor hari ini.

“InsyaAllah,dengan kelemahan yang amat ketara di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang, BN akan kembali diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Selangor pada PRU yang akan datang,” tegas beliau. -MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:51 AM

    Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..

    Forward by Pasar Taman Desa Jaya, Kepong, KL...

Post a Comment