Kerajaan Selangor Diingatkan Jangan Pandang Rendah Desakan Pembeli Rumah PKNS



Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank.


Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

“Inilah budaya yang dicipta oleh kerajaan pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat)… kerajaan negeri Selangor ternyata memandang remeh isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

“Rakyat nak tuntut kepakaran MB (Menteri Besar), dan kenapa beliau tak cari jalan bagaimana nak selesaikan hutang rakyat kepada PKNS itu,” katanya mengulas demonstrasi lebih 200 penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20 Shah Alam baru-baru ini, yang meminta PKNS melupuskan hutang pembeli kediaman terbabit bernilai RM19 juta.

Noh berkata jika kerajaan Selangor boleh menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad bernilai RM392 juta, mereka juga sepatutnya turun padang membantu mengambil alih hutang penduduk berpendapatan rendah di negeri ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

Post a Comment