“Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu
untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif
membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor” , ujar
Hamidzun Khairuddin, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Terbaru jelas beliau ada sebuah blog (yang sudah menarik balik
berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan PKR Selangor
menyebarkan khabar kononnya firma Guamannya terlibat dengan kes salah guna
kuasa dan pecah amanah.
“Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah
dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen PKR
yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan
melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna
dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang
perundangan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya, yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan
pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen PKR ini.
Beliau amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan
oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media.
Tegas beliau lagi tentunya mereka berniat jahat dengan misi
politik mahu menakut-nakutkannya agar tunduk dan patuh serta membiarkan setiap
rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus
bermaharaja lela.
“Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala
sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan
peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang
berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan
dan merendahkan kredibiliti saya di mata masyarakat.
“Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang
diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan
sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak
buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.
“Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih
tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih
terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB.
Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan
tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan di mahkamah,”
ujarnya lagi yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. -MediaUMNO
Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan
membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut
(RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi
sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil
kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).
“Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar
rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang
dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa
Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan
jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi “budak suruhan politik”
yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.
Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa
zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah
saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim,” ujarnya lagi.
0 Komen