Hari saya saya tepati janji saya untuk
menyerahkan bingkai gambar berisi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008
untuk digantungkan di bilik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (JMB) Pangsapuri Putra Perdana,
Puchong, Rushdan Mohamed diiringiu kira-kira 30 orang penduduk Pangsapuri Putra
Perdana berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam
sejak pukul 10.00 pagi namun tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan ‘hadiah’
tersebut.
“Kami hanya nak serahkan hadiah ini kepada Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR
& Pas Selangor pada PRU2008 yang bernilai RM4.90 sahaja.
Kami mahu gambar manifesto yang hanya bernilai RM 4.90 itu
digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan
makna kepada rakyat negeri Selangor. Manifesto RM4.90 ini tidak ada nilai
langsung memandangkan ia hanya sekadar janji-janji kosong atau janji manis
pihak pakatan yang kini menjadi kerajaan negeri, untuk merebut hati rakyat
sehingga tertumbangnya kerajaan BN pada 2008 lalu di Selangor,” ujarnya kepada
pemberita, sebentar tadi di sini hari ini.
Ujarnya, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan
memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.
“Malah menyedihkan, baru-baru ini kenyataan Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukan satu perjanjian’ merupakan
bukti bahawa apa sahaja manifesto pakatan tidak memberi apa-apa nilai dan makna
kepada rakyat, tempay yang terbaik hanya sekadar digantung dalam biliknya
sahaja.
Rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara
asas iaitu rekod perkhidmatan, ideologi dan manifesto. Jadi, kami melihat manifesto
yang menjadi cagaran rakyat Selangor mengundi pakatan di PRU12 yang lepas
rupa-rupanya benar-benar janji manis yang ternyata palsu,” tambahnya.
0 Komen