Misteri Skim TAWAS : Peruntukan RM8.5 Juta Tapi Mana Hilang RM5.5 Juta Lagi?


Barisan Nasional Negeri Selangor (BN Selangor) melihat Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.

Koordinatornya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kelemahan ini telah dilaporkan secara telus oleh pihak Ketua Audit Negara namun Menteri Besar dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut dengan mempertikaikannya. Inikah sikap pemimpin yang berjiwa besar?

“Salah satu kelemahan yang Nampak ialah Skim Tawas. Skim TAWAS diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran Selangor. Namun begitu, skim yang bermotifkan politik ini dibuat tanpa perancangan rapi dan ini menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum.

Memandangkan Skim TAWAS ini dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI), maka Menteri Besar selaku Pemegang Amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Peruntukan untuk TAWAS juga dilihat digunakan secara tidak seimbang. Daripada RM 13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan,” ujarnya kepada pemberita dalam sidang media isu-isu semasa di sini hari ini.

Tambahnya, pengendali TAWAS iaitu YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) membelanjakan 98% dari peruntukan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4% sahaja yang mendapat faedah darinya. Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan?

Ke manakah baki RM 5.5 juta lagi?

Pada masa yang sama, alasan Menteri Besar bahawa jumlah kelahiran iaitu 313,706 adalah tidak benar menunjukkan beliau tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara. Penafian Menteri Besar bahawa angka kelahiran adalah tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran TAWAS hanya 23.7%. Adakah MB mengatakan bahawa hampir 80% kelahiran lagi merupakan bukan warganegara?

“Persoalan penting ialah, bagaimanakah Kerajaan Negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun? Ini kerana, sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menghasilkan pulangan yang berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar.

Bukan sahaja dari segi kewangan, segala dokumentasi dan pentadbiran juga mendapat kritikan dari Ketua Audit Negara. Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri gagal menyediakan satu program yang baik dan dijalankan dengan telus. Kenyataan exco Dr. Xavier bahawa kos operasi TAWAS turut digunakan untuk tujuan Jom Shopping sebenarnya memakan diri.

Bagaimana mungkin peruntukan untuk tujuan lain digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik. Kita semua maklum bahawa program Jom Shopping merupakan agenda politik Pakatan yang dibuat secara sambil lewa dan tidak menyeluruh,” ujarnya lagi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment