Noh: MB Selangor perlu minta maaf


CHENNAI, Tamil Nadu - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor.

Ini kerana katanya, Menteri Besar Selangor itu sering berbohong dan memberikan kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Noh berkata, sebelum ini beliau mendedahkan bahawa Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak kerajaan negeri pakatan rakyat mengambil alih, namun dinafikan oleh Abdul Khalid.

"Ketika itu beliau (Abdul Khalid) mendakwa laporan kewangan Unisel sedang diaudit oleh juruaudit dalaman dan akan umumkan keputusan Ogos lalu.

"Namun sampai sekarang beliau gagal melakukannya. Hari ini terbukti apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 keluar, ternyata dakwaan saya (mengatakan Unisel rugi) sebelum ini adalah benar," katanya, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kewangan Unisel mencatat kerugian sebelum cukai RM37.63 juta pada 2010.

Noh berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan Taj Mahal Agro Industries di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hashim Abdullah dan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Anuar Kasman.

Perjanjian itu ditangani bagi menjalin kerjasama antara Nafas dan Taj Mahal dalam meningkatkan bekalan makanan untuk haiwan ternakan.

Noh berkata, Abdul Khalid tidak layak menerajui Selangor kerana sering cakap putar belit dan tidak jujur kepada rakyat.

“Saya cabar Abdul Khalid membuat kenyatan bahawa Laporan Audit itu bohong. Bagaimana beliau mahu tadbir Selangor kalau asyik menipu sahaja," katanya dengan nada sinis.

Noh turut membidas Exco Pertanian Selangor, Mohd Yaakob Sapari yang membuat kenyataan tanpa membuat kajian dan turun padang.

"Beliau menuduh projek pengairan sawah padi yang dilaksanakan kementerian tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.

"Namun kenyataan Yaakob itu dinafikan Pengarah Wilayah Barat Laut, Muhammad Nasir Khusairi yang mendapati projek tersebut sememangnya telah mendapat kelulusan," katanya.

Beliau berkata, sikap Yaakob sama seperti Abdul Khalid yang hanya mahu mencari salah kerajaan BN terdahulu dan sengaja mempolitikkan isu.

“Kalau Yaakob gentleman, dia juga kena minta maaf secara terbuka kerana menipu rakyat. Exco dan menteri besar sama sahaja," katanya.

Noh sebelum ini meminta kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi.

Sumber: MalaysianView
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment