Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar
menyelar Exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari kerana menipu petani apabila mendakwa kolam takungan pengairan padi di Sabak
Bernam tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.
Noh berkata sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan
Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob
sepatutnya tahu Menteri Besar Selangor telah meluluskan permohonan mewartakan
tanah itu untuk tujuan berkenaan.
"Kalau prosedur kerajaan dia tidak tahu, kelulusan pun dia
tidak tahu bagaimana dia nak jaga exco pertanian," kata Noh kepada
pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) Selangor, di sini hari ini.
"Inilah kerja pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat) mereka nak
cari kesalahan orang dan tipu rakyat. Yaakob kena minta maaf pada petani kerana
tipu petani dengan mengatakan kolam itu belum ada kelulusan," katanya.
Noh mengulas dakwaan Yaakob yang dilapor media sebagai berkata
kerajaan negeri tidak meluluskan permit membawa batuan dan tanah merah untuk
projek tersebut, atas alasan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
tidak mendapat kebenaran menggunakan hutan simpan Sungai Karang, Parit 5,
Sungai Haji Dorani bagi membina kolam takungan itu.
Selain itu, Yaakob juga
dilapor berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan IADA Barat
Laut tidak meminta kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri.
Bagaimanapun pada 17 Okt lepas, Pengarah IADA Barat Laut Muhammad
Nasir Kushari menjelaskan pada 29 Jan 2011, pihaknya menerima surat daripada Pejabat
Tanah dan Galian Selangor memaklumkan Menteri Besar Selangor secara rasmi
meluluskan permohonan mewartakan tanah kerajaan bagi projek berkenaan.
Komen SG: Noh
Omar tak patut kata Yaakob Sapari tipu petani kerana kerja mamat nie hanya
TIDOR sahaja …. Tengok sendirilah pic di atas…. Dia kena kerja menipu sebab
selalu sangat tido, tak buat kerja….. itulah jadinya ….
0 Komen