Pembangkang Main Politik Bahaya, Bakar Fikiran & Bangkitkan Semangat Kenegerian


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas.

Ia adalah satu pembohongan besar malah disifatkan sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Prestasi kerajaan negeri Sabah dalam bidang ekonomi memang tidak boleh dinafikan, banyak isu-isu yang telah dapat diselesaikan, seperti isu tanah, kemiskinan dan sebagainya.  

Yang hanya mereka (pembangkang) mainkan ialah isu kemiskinan. Saya melihat statistiknya, dan saya melihat dan memberi impretasi dari sudut yang lain. Dari segi pendapatan berkapita, kita mungkin antara yang terendah kadar kemiskinan juga agak tinggi, tapi banyak kali saya dah bercakap, jika kita melihat kadar kemiskinan, kita kena melihat di mana kita bermula,” ujarnya mengulas dakwaan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah.

Tambahnya, jika dulu kita bermula pada tahap 8 peratus, kemudian naik 13 peratus, maka itu pencapaian yang amat buruk, dari 8 peratus naik kepada 13 peratus.

“Tapi jika kita bermula pada tahap  40 peratus kemudian turun kepada tahap 13 peratus, itu satu pencapaian yang baik. Apatah lagi kalau di Sabah dulu sebelum kita merdeka, kadar kemiskinan sampai 70 hingga 80 peratus mengikut definasi paras kemiskinan sekarang ini. Jadi dari 70-80 peratus turun kepada 13 peratus sekarang ini, yang saya jangkakan turun pada tahun 2012, walaupun tinggi tetapi kita kena melihat di mana asas kita bermula.

Dalam masa 49 tahun kita boleh turunkan paras kemiskinan tersebut dari 70-80 peratus turun kepada 13 peratus sekarang ini, saya kira tidak ada satu pihak dalam dunia ini yang boleh menidakkan kejayaan Barisan Nasional negeri Sabah,” ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah.
Tambahnya, kita kena melihat juga mengapa paras kemiskinan di Sabah lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain.  Antaranya kerana geografi. Takkanlah kita nak bina jalan yang memakan belanja sampai RM100juta untuk 20 biji buah rumah. Ini memang ada masalah dari segi geografi.

“Yang ketiga, apabila seseorang itu dikatakan miskin di luar bandar di Sabah, saya rasa kehidupan mereka itu lebih selesa dari seseorang yang ‘miskin di bandar’. Kalau ada RM3-4 ribu dengan 2-3 orang anak di Kuala Lumpur, saya kira kehidupan mereka itu lebih perit berbanding orang yang tenggaharinya makan lobster, malamnya makan udang atau ikan segar.

Jadi dari segi pendapatannya, mungkin mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi,  tetapi tanah yang subur, laut yang hasil yang tinggi, saya berani bertaruh bahawa nelayan-nelayan, orang-orang kampung di Sabah, mereka mempunyai bekalan protein yang lebih baik dari orang di Kuala Lumpur.

Mereka makan lobster, mereka makan udang, mereka makan sayuran segar yang mereka tanam di tanah mereka sendiri, tapi mungkin pendapatan mereka RM700 tetapi dengan adanya tanah, dengan adanya laut, kehidupan mereka tidaklah begitu sengsara,” ujarnya lagi.

Oleh itu, segala dahyah pembangkang ini bohong semata-mata kerana rakyat di akar umbi, di luar bandar memang menghargai usaha kerajaan yang memberikan subsidi, latihan dan dana. Mereka menghargainya dan mereka melihat masa depan mereka lebih terjamin di bawah BN yang lebih berpengalaman, yang mempunyai program yang sistematik.

“Salah satu senjata yang paling berkesan, senjata politik yang berkesan di Sabah tetapi juga yang paling merbahaya ialah menaikkan semangat kenegerian. Yang amat senang untuk membakar semangat apatah lagi negeri Sabah itu jauh dari semenanjung. Amat senang membakar semangat kenegerian dengan mengatakan Kuala Lumpur itu menindas, zalim dan macam-macam.

Itu senjata politik yang paling berkesan tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, pemimpin-pemimpin politik terutamanya dari parti pembangkang, mesti melihat ini sebagai satu trend yang tidak betul. Kita boleh kritik dasar.

Dasar kerajaan Persekutuan boleh dikritik. Itu bukan satu perkara yang tak masuk akal tetapi memainkan sentimen menaikkan semangat kenegerian, mengatakan ia dizalimi dan ditindas, merompak harta rakyat negeri Sabah, itu semua mainan politik yang merbahaya dan ironinya, ia hanya timbul menjelang pilihanraya. Ironinya, pejuang-pejuang ini akan timbul menjelang pilihanraya, tetapi selepas pilihanraya, mereka akan tidur selama 4 tahun,” tambahnya lagi.  
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Salam perjuangan bro!
    Mohob pautan berjuang di blog hebat ini
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

Post a Comment