Perlekeh Satu Sama Lain Bukti Pakatan Pembangkang Pakatan Kosmetik



Tindakan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali memperlekehkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali menerusi laman twitter bukti betapa pemimpin pembangkang tidak mempunyai perasaan hormat antara satu sama lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata komen Azmin Ali itu adalah satu gambaran betapa pakatan pembangkang bukanlah satu pakatan yang ikhlas dan jujur sebaliknya penuh dengan perasaan hasad serta saling tidak mempercayai .

Menurutnya isu yang tercetus sebelum itu juga berhubung Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri  Khalid Ibrahim sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga adalah sesuatu yang cukup janggal.

“Kita nampak daripada luar nampak pelik sikit la….Sebelum pilihan raya seolah-olah boleh tentukan siapa yang boleh bertanding…siapa yang tidak boleh bertanding… saya pun difahamkan  keputusan itu pun tidak dibuat Majlis Presiden parti-parti pembangkang.

“Walaupun kita tidak mahu campur rumahtangga orang lain tetapi nampak gaya macam-macam masalah dalam pakatan ini. Bukan sahaja Azmin dengan khalid tetapi dua hari lepas Azmin kata dalam twitter kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali komen salah dan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Benda-benda macam itu dalam Barisan Nasional (BN) kita tak cakap…. kita hormat komponen parti tak cakap macam tu..kita tak cakap dia dah tua, dia ni sombong, dia ni tokong, aragon. Rakyat nilailah kalau antara mereka dah boleh cakap macam itu dalam mesyuarat.. dalam  twitter… Ini Azmin lepas dalam twitter..bukan dalam mesyuarat tertutup.. dalam twitter. Dia terlepas cakap,“ katanya di sini, hari ini.

Kata beliau lagi masalah antara mereka seolah-olah tidak dapat disembunyikan lagi dan itulah yang rakyat perlu membuat penilaian terbaik.

“Bagi saya beliau cakap pasal SUA parti lain. Takkan boleh cakap secara terbuka macam itu. Justeru rakyat kena tengok kalau sesama mereka pun tak boleh sembunyi lagi, tak boleh kongsi lagi apa kebencian terhadap parti-parti lain dalam pakatan macammana hendak memerintah. Macammana mereka nak pakat,“ katanya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali sebelum ini menegur kenyataan Azmin Ali berhubung isu pelantikan baru Menteri Besar Selangor.

Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, “faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,”.

Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata “Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!” tulisnya.

Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Kata Shamsul,”RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. ”

Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.

Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim ‘sesuai’ memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan tersebut tidak disenangi Pas, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.

Dalam pada itu,  Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.

Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas. - MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment