Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan
(PUTIK) pada 14 Nov. 2012 hingga 18 Nov. 2012 bertambah hangat dengan kehadiran
belon gergasi di persimpangan Jalan Simpang 4 Pauh atau dikenali juga sebagai
Simpang 4 JPJ/Panji, Jalan Hospital Kota Bharu. Kawasan ini terletak di kawasan
DUN Panchor di Parlimen Pangkalan Chepa. DUN Panchor adalah kawasan Exco Kanan
PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Persimpangan ini juga terletak tidak
jauh dari kediaman MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik
Mat.
Kewujudan belon gergasi ini mulai dikesan pada 15 Nov. 2012
sehingga 17 Nov. 2012. Selepas itu belon ini sudah tidak kelihatan dipercayai
disabotaj atau dipotong kumpulan penyokong tegar PAS di kawasan tersebut yang
merasakan kewujudan belon gergasi tersebut mampu mengugat kekuatan dan
kepercayaan rakyat Kelantan kepada PAS.
Oleh kerana terlalu takut puak fanatik PAS terpaksa memotong belon
tersebut.
Banner gergasi juga dipasang di belon tersebut. Berdasarkan kepada
maklumat daripada orang kampung di sekitar tempat berkenaan belon ini dinaikkan
sebagai manifestasi penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Amar dan Nik Aziz
yang kini dilihat telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sehingga mengabaikan
akidah umat Islam di negara ini.
Muktamar PAS kali ini gamat sekali dengan tindakan adik TGNA yang
mendoakan agar ALLAH menghancurkan UMNO/BN ketika menjadi imam semasa
sembahyang hajat sempena Hari Kebangkitan Rakyat pada 16 Nov. 2012. Selain
daripada doa muktamar kali ini juga gamat dengan desakan dari Dewan Ulama yang
mendesak supaya Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang diangkat menjadi PM
jika PR memerintah. Suasana bertambah gamat lagi dengan kewujudan belon gergasi
ini yang dinaikkan di kawasan kubu kuat PAS. Untuk mengelak daripada mendapat
perhatian rakyat Kelantan penyokong PAS terpaksa mengambil tindakan drastik
dengan memotong belon berkenaan.
Jika kewujudan belon gergasi ini dijadikan kayu pengukur ia jelas
menunjukkan bahawa kepimpinan Nik Aziz dan Nik Amar ditolak oleh rakyat
tempatan. Mungkin semua pihak berasa pelik kenapa belon ini dinaikkan di
kawasan Nik Amar. Nik Amar berkemungkinan akan mengantikan Nik Aziz sebagai MB
Kelantan jika Nik Aziz bersara atau berlaku kematian. Untuk menolak Nik Amar
sebagai MB Kelantan belon ini dinaikkan sebagai tanda protes. Sebelum ini
kepimpinan PAS Kelantan mendapat sanjungan tinggi di negeri lain tetapi kini
jelas PAS sendiri ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebelum
ia dipotong. Kalau di perhatikan dengan sebaiknya memang PAS takut terhadap
kata-kata yang terdapat di banner tersebut.
Belon mula-mula dikesan
dinaikkan pada 15 Nov. 2012 berserta banner yang tertulis “Melayu Bersatu,
Islam Selamat”.
Banner pada belon yang dinaikkan pada 16 Nov. 2012 yang tertera “
Melayu Bersatu, Islam Selamat, “Kesepakatan Ukhwah Melayu, Islam Terbela, dan “ Perpecahan Punca Islam Terancam”.
Banner yang dinaikkan pada hari terakhir iaitu pada 17 Nov. 2012
yang menjadi ketakutan kepada PAS iaitu tertera “ Politik Melebihi Islam?
Selamatkan Akidah”.
Bagi penulis tulisan yang ada di banner-banner ini tidaklah
sesuautu yang teruk atau jahat. Rakyat menyeru supaya kepimpinan PAS
menyatupadukan umat Melayu demi kepentingan Islam dan menyeru supaya jangan
berpecah belah serta mengingatkan PAS supaya tidak melampaui batas dalam
berpolitik sehingga mengabaikan akidah serta agama rakyat. Tidak ada salahnya
pada belon dan banner tersebut. Ia tidak perlu ditakuti oleh PAS jika PAS
berjuang di jalan yang benar dan mengikuti syariah Islam.
Tidak seperti PAS yang berdoa dan menyeru supaya orang UMNO/BN
dimusnahkan oleh ALLAH. Ia berbeza dengan seruan orang kampung yang menyuruh
PAS dan orang Melayu/Islam bersatu padu. Nampaknya pemikiran orang kampung
lebih bijak daripada pemimpin PAS yang jumud.
Dengan belon pun PAS takut macam mana nak berdepan dengan UMNO/BN
di PRU 13. ALLAH kurniakan akal dan
fikiran untuk menilai mana yang baik dan buruk... fikir-fikirkanlah.
****
Sahabat-Gunung: aku mendapat artikel dan pic-pic nie dari email seorang sahabat. Aku tertarik dengan artikel nie dan buat sahabatku, abg Wira .... aku masukkan artikel dan pic-pic nie dalam Blog Sahabat-Gunungku .... Tq bro.
0 Komen