Kayanya Khalid Brahim....


Akhirnya Khalid Ibrahim mengakui telah membeli dan membelanjakan RM650,000 untuk bas dua tingkat untuk tujuan kempen pakatan rakyat untuk pilihan raya umum akan datang.

RM10,833 sebulan dibiayai sepenuhnya Khalid untuk membayar ansuran bas berkenaan yang dibuat melalui konsep sewa beli.

Kenapa bukan Azmin yang membeli bas ini yang akan digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Bukankah dia Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor?

Dalam masa yang sama, Khalid mengakui bas tersebut didaftarkan di bawah nama Abdul Khalid Ibrahim dan lesen dikeluarkan oleh JPJ (Jabatan  Pengangkutan Jalan).

Abdul Khalid (PKR-Ijok) berkata demikian pada sidang DUN Selangor hari ini sebagai menjawab soalan daripada Datuk Mohd. Satim Diman (BN-Sri Serdang) sama ada pembelian bas itu melibatkan kewangan negeri, berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan dan adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

97 Komen

Post a Comment