Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan
wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya
PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan
bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai
agenda lain.
Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO,
Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, PKR telah mengambil kesempatan dengan
mengedarkan borang BR1M ini bersama-sama denga flyer maklumat dari kerajaan
negeri, satu perkara yang kita nampak mahu mensabotaj BR1M ini kerana mahu
mengumpulkan boring-borang yang siap diisi oleh pemohon.
“Perkara ini telah berlaku sebelum ini, dan borang yang dikembalikan
hilang di tengah jalan. Kita tak tahu ke mana pergi borang ini (borang yang
dihantar kepada pihak PKR). Ini merupakan satu unsur sabotaj dan bertujuan
untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka yang membantu rakyat dengan memainkan
peranan PKR membuat gerakan mengedarkan borang ini (dengan kepala surat PKR
Selayang), ke seluruh pangsapuri-pangsapuri
di Selangor.
Kita nak maklumkan kepada rakyat agar jangan tertipu, kerana borang
BR1M ini boleh didapati di tempat yang betul, dan pulangkan semula ke tempat
yang betul. Hari ini, gerakan telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda, pejabat
wakil-wakil Rakyat BN, bukannya melalui PKR.
“Kerajaan Pusat tidak pernah melantik mana-mana agen dari PKR
untuk mengedarkan borang BR1M ini. Kekhuatiran kita adalah bila borang ini
dipulangkan kepada PKR, mereka boleh sahaja mensabotaj dan membuat
berbagai-bagai perkara lagi, namun dalam masa yang sama mereka cuba mengagalkan
hasrat kerajaan untuk membantu rakyat melalui BR1M ini.
Ini perbuatan terdesak PKR untuk mengekalkan kuasa sehingga
terpaksa mengangkat BR1M ini sebagai elemen-elemen untuk membolehkan mereka
mendapat sokongan kembali,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.
Sehubungan dengan itu, Sohaimi mengajak pemimpin dan ahli-ahli PKR
untuk menyertai Barisan Nasional memandangkan usaha ini mereka ini juga secara
tidak langsung membuktikan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui BR1M ini
merupakan satu usaha yang baik untuk rakyat.
“Kini mereka mengakui BR1M ini adalah satu daya tarikan kepada
baik, satu contoh pemberian terus kepada rakyat yang layak. Kita minta pihak
PKR menghentikan usaha jahat mereka ini, atau mereka boleh masuk BN jika mereka
mengakui BR1M merupakan satu perkara baik untuk rakyat” ujarnya yang juga
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).
10:55 PM
2oQry cheap ghd
mKkk michael kors handbags
iCsk ghd
5fSxu ugg store
5mAkc ghd hair straighteners
7:10 PM
4uAqs ghd hair
lRun ugg boots sale
vIvn michael kors sale
3zQcq GHD
7eMjg burberry outlet
0uEqq ugg australia
6bIfu ghd
7lNdy louis vuitton outlet
3nEqp michael kors handbags
6dFce cheapest ghd straighteners
5rDgl ugg boots uk
3uGdt nike nfl jerseys
6yLai michael kors outlet
9xLub styler ghd
0kWin ugg boots sale
3:05 PM
hVxm cheap ghd australia
fNoa cheap uggs
cXnb michael kors
1xDxh ugg uk
1eNvu chi flat iron
9nJps michael kors handbags
4mEco cheap nfl jerseys
5nTju ghd nz sale
3eYma north face sale
7zDec botas ugg españa
2gOvf ghd straighteners uk
6aXiw michael kors sale
4uLth nike nfl jerseys
0oIjc ghd
8dAko cheap ugg boots