Satu kenyataan yang memeranjatkan dari seorang yang dianggap
ulamak besar oleh PAS yang mengatakan UMNO dan Barisan Nasional murtad.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, jika
dilihat pemimpin-pemimpin yang masuk ke gereja untuk berkempen atau ‘berdakwah’
ialah pemimpin-pemimpin dari pakatan pembangkang.
“….dan yang bersetuju dengan pemilihan agama ini dibebaskan kepada
orang islam adalah pemimpin mereka. Kalau ulamak besar PAS mengatakan UMNO
murtad, saya kira beliau tersasar dari perkara yang sebenar.
Rakyat boleh melihat dan menilai bahawa kerajaan BN yang
ditunjangi oleh UMNO yang membina masjid, yang membina surau, yang mewujudkan
berbagai-bagai agensi keagamaan YADIM, YAKIM dan sebagainya,” ujarnya yang juga
merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang.
Tambahnya, walaupun kita tidak boleh menerima kenyataan namun
mendoakan agar Nik Aziz diberikan kerahmatan oleh Allah taala dan diberikan
petunjuk yang lebih jelas di masa yang akan datang.
Terdahulu, Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan
Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi
gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan
memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada
parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik
yang tidak mempunyai agama.
0 Komen