Isu perlombongan pasir secara berleluasa yang mula timbul setelah
Kerajaan Negeri diambil alih oleh pihak Pakatan bukan lagi perkara baru. Isu
ini amat menggemparkan malah sebelum ini juga beberapa dokumen pernah
dikeluarkan bagi menyokong dakwaan tersebut.
Koordinator
BN Selangor, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kesan dari perlombongan
yang tidak terkawal ini dapat dilihat sekarang apabila berlakunya
ketidakseimbangan dalam ekosistem.
“Saya
tidak mahu menyentuh mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan mahupun
kecurian pasir seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Namun begitu, ini
tidak bermakna perkara tersebut tidak berlaku.
Pihak
kami mendapat maklumat bahawa berlakunya salah laku dalam operasi perlombongan
pasir ini dan saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya anak
Syarikat yang bertanggungjawab ke atas operasi perlombongan pasir iaitu
Kumpulan Samesta Sdn Bhd (KSSB) mengenai jumlah sebenar pasir yang dilombong
serta kawasan-kawasan yang diberikan permit untuk melombong.
Saya
percaya, semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima
oleh pembeli dalam pasaran adalah tidak selari. Apa yang lebih penting pada
saya ialah kesan daripada perlombongan yang berleluasa ini. Untuk pengetahuan
anda, aktiviti pengorekan pasir yang mula beroperasi samada melalui lombong
mahupun sungai akan habis dalam tempoh 1 hingga 3 tahun bergantung pada jumlah
pasir yang ada,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media mengulas isu perlombongan
pasir di Selangor dan kesannya terhadap alam sekitar.
Tambahnya,
kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan
begitu sahaja. Tambah merungsingkan, sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan
ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh.
Perlombongan
pasir secara ‘large scale’ dan tanpa kawalan di kawasan tepi tebing pula
mengakibatkan sungai menjadi cetek seterusnya aliran air yang deras akan mula
menghentam ban dan ini juga cenderung mengakibatkan ban runtuh.
Hakikatnya,
aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa akan memberi kesan kepada rakyat
terutamanya jika berlaku hujan lebat dan limpahan air.
“Saya
percaya, kerajaan Pakatan akan mendabik dada memberikan nilai kutipan hasil
pasir yang lebih tinggi berbanding ketika zaman Barisan Nasional memerintah.
Untuk makluman semua, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, pasir bukan
merupakan hasil utama kerajaan Negeri. Ketika zaman Barisan Nasional
memerintah, hasil utama adalah dari sektor pelaburan, industri dan pertanian.
Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional lebih memikirkan kesan jangka panjang
yang bakal dihadapi oleh rakyat jika aktiviti perlombongan pasir dibuat secara
tidak terkawal.
Dalam
mengejar kemajuan, kita tidak boleh terlepas pandang soal kebajikan dan kesan
jangka panjang. Setelah lebih empat tahun Pakatan memerintah dan aktiviti
perlombongan pasir yang bermula sejak September 2008, kesan itu telah terbukti
berlaku sekarang. Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita
semua maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang
cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan,” ujarnya yang juga Ahli
Parlimen Sepang.
Sehingga
kini, pihak Kerajaan Negeri masih lagi tidak memberikan penyelesaian konkrik
terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan
menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang. Tindakan pihak Pakatan menuduh
bahawa berlakunya ban pecah akibat aktiviti pertanian penduduk langsung tidak
masuk akal dan dilihat sengaja berdolak dalih dari mengakui punca sebenar
masalah ini.
“Isu
perlombongan pasir merupakan masalah serius. Saya juga difahamkan, ini bukan
kali pertama berlaku ban pecah malah ianya pernah berlaku sebelum ini. Adakah
kita mahu perkara yang sama berulang?
Dimanakah
ketelusan kerajaan negeri dalam memantau perkara ini? Saya difahamkan bahawa
Menteri Besar telah menghentikan operasi pemantauan perlombongan pasir oleh
pihak Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor, Puchong , Kuala
Langat dan Sepang.
Kita
juga tahu MB gagal menunaikan janji beliau apabila hanya mengutip RM32.5 juta
hasil pasir dari tahun 2009 hingga 2011 sedangkan beliau berjanji akan mendapat
RM150 juta setahun dari hasil pasir ketika sidang DUN pada tahun 2009.
Kemanakah hasil pasir ini pergi? Kenapa jumlah kutipan tidak konsisten dengan
jumlah lombong pasir yang begitu banyak?,” tambahnya.
Sehubungan
dengan itu, Barisan Nasional Selangor komited untuk memastikan keselamatan dan
kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara. Kerakusan untuk mengorek pasir
secara membuta tuli hanya akan mengakibatkan bencana jika tidak dipantau dengan
baik.
0 Komen