Ibu Tunggal Ditipu - Habis Madu Sepah Dibuang


Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor adalah bukti jelas kegagalan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).


Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat Selangor kini mula sedar akan sikap kerajaan negeri yang hanya tahu menabur janji palsu tanpa menunaikannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada golongan yang memperjuangkan hak mereka. Rakyat Selangor memberi banyak peluang kepada kerajaan negeri untuk menunaikan janji di pilihan raya umum lalu.

"Namun, apabila dapat mandat memerintah, janji tersebut dilupakan begitu saja. Sebab itulah, golongan ini bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan dan ternyata kebenaran berpihak kepada mereka," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas lawatan kerja di kuarters baru Industri Pertanian Serdang, di sini, semalam.

November lalu, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman menuntut RM10.9 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid untuk membatalkan tuntutan golongan itu atas alasan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.

Noh berkata, ia bukanlah kes pertama tuntutan kerajaan negeri ditolak.

"Sebelum ini mahkamah pernah menolak tuntutan kerajaan negeri yang merampas tanah Yayasan Selangor di Pulau Carey.

"Bagi saya, tindakan kerajaan negeri adalah contoh pentadbiran yang mengikut nafsu. Rakyat Selangor sepatutnya jangan memberi peluang lagi kepada PR untuk menang pada PRU akan datang," katanya.

Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    10:16 AM

    Saranan saya, semua lelaki-lelaki dalam UMNO... ambillah ibu-ibu tunggal ini menjadi isteri-isteri kamu... penuhi kuota kamu... jika benar-benar kamu prihatin kepada mereka. Wanita UMNO pula pinangkanlah ibu-ibu tunggal ini untuk dijadikan madu kamu, menantu kamu dan mungkin cucu menantu kamu... semoga beroleh payung emas di mashyar nanti.

  2. Anonymous
    10:56 AM

    janganlah marah!umno tak pernah janji kalau kalah pilihanraya nak jadilan ibu tunggal sebagai madu,PRlah yg berjanji kalau menang pilihanraya ibu tunggal akan diberi elaun.

Post a Comment