Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya,
Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai
pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409
responden. Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012
- 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 - 16
september 2012 yang melibatkan 1536 responden.
Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini
menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah
disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai menyambung tugas Merdeka Center, iaitu pusat
kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.
Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang
Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang
merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta
bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi. Selain itu,
Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci
politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.
Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan
kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya
telahpun dijangka. Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk
menunjukkan sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral
BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL
untuk mengikut langkah yang sama.
Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita
wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh
UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu
integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum
Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan
kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.
Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan
Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam
BN.
Manakala di pihak pembangkang, isu yang
menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman. Walaubagaimanapun, amatlah
menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama,
manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh
kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.
Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan
penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya
kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya. Sekali gus
menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik
urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan
mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa
yang singkat.
Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang
1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu
perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk
memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kita yakin yang
kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR
mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.
Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar
Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang
liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam
perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu. Lebih dari itu, PR
juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung
atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.
Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada
desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku
iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu. PAS tidak mampu
berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak
bendera DAP. Itu saja.
Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang
keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di
akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam
diperkotak-katikkan.
Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR
untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim,
seorang Melayu Islam. Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa
bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang
sekejap ekstrem sekejap terbuka. Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan
terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk
Kit Siang.
Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR
selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu
UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.
Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina
memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri. Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman
DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR
mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.
Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah
motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan
isunya. Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan
menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.
Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR
sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum
Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia
bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.
Sent from Yahoo! Mail for iPhone |
7:41 AM
Aku setengah Cina tetapi Islam lagi nombor satu pada aku berbanding bangsa.Apa ugama pun kalau penganutnya percaya betul bwtul ugama mereka , tidak akan pilih PR kerana terlalu banyak issue negatif.Orang yang baik tak akan pilih pemimpin yang kurang moral like Anwar(tak kan semua citer dan video tu konspirasi BN),Azmin (adakah seorang ibu tua boleh dibayar untuk memburukkan anaknya sendiri..fikir sendiri tentang ibu kamu).Ini sudah cukup untuk aku yang atas pagar ini untuk menolak PR.Kalau DAP naik, ini tak akan untungkan orang Cina kerana Melayu akan lebih miskin dan akan kurang kemampuan sebagai pembeli.Banyak business cina yang akan tutup.. percayalah.Bukannya senang nak penetrate pasaran luar negara.Kita akan suffer sebagai sebuah negara.Aku sedihlah kalau Malaysia jadi huru hara, tapi aku boleh bermastautin balik negara Barat pasal suami aku mak salleh. Apa akan jadi kepada rakyat Malaysia yang tak ada tempat lain lagi nak pergi selain dari negara ini? The threat is real but unfortunately most Malaysians are too selfish thinking about themselves and their own race that in the process, they are destroying Malaysia.Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
8:30 AM
Macamana PENGARAH umcedel boleh ada latarbelakang yg seumpama ini dan dilantik sbg pengarah? Guna googlesearch Mohammad Redzuan Othman dan lihat researcher ID beliau (fakta itu dihalaman terlibat, sebab ianya disunting oleh beliau sendiri). Macamana "kepakaran" dia boleh jadi terlibat dengan penerbitan (87 citation) Jurnal "Fuel Processing Technology" - Langsung tak masuk akal. Lagi pulak dlm halaman yg sama, artikel jurnal yang BUKAN beliau terbitkan juga tersenarai di situ. Ini apa ni? UM ada profesor macam ini?