Tika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota
rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan
rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana
Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri
Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa
Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail
Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato'
Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut
serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.
Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai
meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat
Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong
perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.
Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan
PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda
politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial
seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka
perkatakan.
Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya
bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga
keselamatan negara Israel.
Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat
langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung
Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja
2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.
Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di
wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama
Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah
yang sedang dilanda keganasan perang.
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang
sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan
senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand,
sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik
Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi
Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya.
Memalukan.
PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan
penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya
pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut
mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak
Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau
ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala
membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata
antara pemimpin UMNO dengan PAS.
Sent from Yahoo! Mail for iPhone |
0 Komen