Lawatan PM Ke Gaza.. Dari Juara Rakyat Di Malaysia Ke Juara Umat Untuk Palestin



Lawatan Kemanusiaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza semalam adalah bukti  menunjukkan perpaduan dan sokongan teguh Malaysia dan rakyatnya terhadap perjuangan Palestin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Malaysia boleh menghantar bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestian, tetapi beliau melihat lawatan itu sebagai simbol sokongan berterusan yang amat kuat kepada Palestin.

“Hari ini kita bukan sahaja mempunyai juara rakyat bukan sahaja di Malaysia, malah kini kita mempunyai juara umat yang amat prihatin dengan kesusahan dan keperitan hidup rakyat di Palestin.

“Kita nak ucap tahniah juga kerana beliau menjadi Perdana Menteri yang pertama menjejakkan kaki ke bumi Palestin, ini tidak bermakna lima Perdana Menteri yang terdahulu tidak baik, tetapi kesemua mereka juga menjuarai perjuangan rakyat Palestin namun atas sebab-sebab keselamatan, mereka tidak berkesempatan untuk pergi,” ujarnya ketika ditemui selepas program lawatan ke peti-peti undi dalam Parlimen Segambut, petang tadi.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan turut menyelar tindakan pemimpin pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal yang menyebut beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

“Inilah perbezaan pemimpin BN dan pembangkang, inilah yang kita harapkan pemimpin akan terus menjuarai permasalahan umat di dunia Islam yang amat mencabar sekarang ini,” tambahnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh berkata lawatan Najib adalah yang julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab, ke Gaza. Pada lawatan ke Gaza, Najib dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.

Najib, dalam ucapan penerimaannya, berkata beliau berbesar hati menerima ijazah kehormat itu bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh universiti berkenaan atas kerja-kerja kebajikan beliau.

Najib berkata komitmen Malaysia boleh dilihat daripada dana dan bekalan perubatan yang disumbangkan pada misi kemanusiaan tahun lepas, dan dalam semangat rakyat Malaysia yang datang membawa sumbangan itu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment