Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini
berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan
dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri
urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan
membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan
keamanan di negara-negara yang berkonflik.
Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.
Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau
melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai
Harimau Asia.
Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan
Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas
memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Semangat
kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau
berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada
Oktober 2012. Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun
berakhir.
Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat
Palestin oleh rejim Israel berterusan. Beliau dan anggota rombongannya termasuk
Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi
memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi
daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri
Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa
Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail
Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan
kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.
Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam
pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah. Langkah awal yang perlu
dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan
menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.
Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian
Yasser Arafat pada November 11, 2004. Punca konflik ini juga begitu klasik atau
terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku
nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan. Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di
mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin
dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.
Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang
mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim
Israel.
Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak,
antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua
pihak menurutinya. Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas
(Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala
dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama. Kedua-dua parti saling
tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.
Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel,
kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan
mereka terus berpecah dan lemah.
Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu
kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu. Apa yang
pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah
harapan yang tidak berasas.
Ini kerana, Dato’ Seri Najib
terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan
tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak
pemisah dengan kerajaan Thai. Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan
di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.
Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan
akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang
kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh,
bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak
tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur. Segala provokasi agama,
prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan
secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak
menjadi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan
Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis `serangan’ pihak yang tidak
bertanggungjawab itu. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat
membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan
melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.
Sent from Yahoo! Mail for iPhone
11:46 PM
LISTEN, LISTEN, LISTEN... inilah tajuk 'Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas' paling kartun dari seorang blogger yang pengampu. Dalam UMNO sendiri Najib gagal untuk damaikan puak-puak yang bertelingkah di dalam UMNO.... ada hati nak damaikan UMNO Palestine dengan Hamas.
Kau nak jadi calon PRU13 ke? Jack Najib tinggi nampak... jaga kang Najib jatuh sebelum PRU13.
12:58 AM
hahaha...lawak la kau ni...don't push your luck la bro...