Akhirnya Pas mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan
Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada
keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.
Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan
hanya persoalan mengapa Pas mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas
Ahli Parlimen Bachok itu.
Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan
jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011
dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat
Melayu di negara ini.
Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO
menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin Pas terutamanya
Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.
Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai
pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.
Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori
oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan
UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.
Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden Pas,
Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan
parti untuk menolah inisiatif UG.
Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi
gantang, disisih oleh partinya sendiri.
Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan
Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana
mesyuarat ang diadakan.
Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan
swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.
Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan
sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.
Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan
ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli Pas.
Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani
Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau
penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas
beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti
itu.
Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa
Pas mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan Dap dalam Pakatan
Rakyat.
Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi
Dap Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.
Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat
'jemaah' tetapi hakikatnya Pas adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran
pemikiran yang beku dan kaku.
Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai
pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang
diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.
Pas iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti
Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang
menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.
Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik AZiz dan dipaksa ke atas pas
menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.
Nasharuddin seorang pemimpin Pas yang berfikiran terbuka serta
mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.
Bagi beliau perbezaan peendekatan politik yang diambil oleh UMNO
dan Pas tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.
Inilah yyang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama
Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.
Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya
Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi
perjuangan rakyat Palestin?
Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri
dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah?
Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya perbuatan Nasharuddin
adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan 'Amanat Haji Hadi,
sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir!
0 Komen