Pecat-Pecat-Pecat Ust Nasharudin Mat Isa - Pas laksana keadilan Jahilliah



Pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura Pas sudah dijangka namun cara Pas memecat bekas timbalan presidennya umpama melaksanakan keadilan Jahilliah.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden, dipecat Umno kerana kesalahan seksual (liwat) namun Nasharudin Mat Isa, bekas timbalan presiden, dipecat oleh Pas kerana menegur pimpinan parti agar membela kalimah Allah. Ianya sungguh berbeza antara Umno dan Pas.

“Umno memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri dalam mesyuarat Majlis Tertinggi manakala Pas langsung tak panggil Nasha hadir mesyuarat majlis syura, terus pecat saja. Tak bagi surat tunjuk sebab atau notis penamatan perkhidmatan pun.

Keadilan Pas umpama keadilan style abu jahal. Kalau dalam berorganisasi pun Pas gagal melaksana keadilan kepada pemimpin dan ahlinya, masakan Pas boleh beri keadilan kepada rakyat kalau Hudud Pas dilaksanakan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dalam sistem keadilan Islam, mereka yang dituduh berhak membela diri namun dalam sistem keadilan Pas, yang tertuduh tak diberitahu apa tuduhannya, hakim terus bersidang dan terus buat keputusan.

“Pecat - pecat - pecat, merupakan fenomena Abu Jahal di zaman Haji Hadi Awang menjadi Presiden Pas,” tambahnya lagi.


Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment