Bantuan Umpama Dedak, Hampas… Pembangkang Ludah Muka Sendiri


UMNO Bahagian Shah Alam  membidas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan pemberian BR1M oleh kerajaan kepada rakyat seperti memberikan dedak dan hampas kelapa kepada haiwan lantaran kerajaan Selangor di bawah pakatan Pembangkang turut melakukan perkara yang sama.

Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi Dato Zin berkata, di Selangor seumpamanya, apakah pemberian kerajaan negeri , sebagai contoh pemberian wang tunai sebanyak RM 100 kepada warga emas dalam program jom shopping juga boleh diumpamakan sebagai memberi dedak dan hampas kepada haiwan?

“Sebab itulah, apabila kita bercakap kita perlu melihat kepada diri kita sendiri dulu. Pastikan, apa yang kita nak kata, kita tak buat benda tu. Ini tidak, bila BN beri duit untuk bantu rakyat, mereka kata macam tabur hampas untuk haiwan makan.

“Tapi bila beliau sendiri bagi duit pada orang-orang asli di Kelantan, tak apa pula. Kalau program yang dibuat oleh kerajaan Pakatan, macam program pemberian wang tunai di Selangor kepada warga emas, kepada anak-anak tadika dan kepada ibu tunggal, tidak pula dianggap macam itu,” tegasnya.

Tambahnya lagi, sepatutnya kepimpinan Pas tidak perlu mempertikaikan pemberian kerajaan dengan pelbagai-pelbagai cerita dan tuduhan, sedangkan di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan ada yang tidak mampu menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

 “Kalau mereka tak mampu nak bagi pada rakyat, tak payah lah bising-bising. Diam-diam sudahlah. Tapi kalau mereka mampu, bagilah. Tak kiralah RM 500 ke, RM 1000 ke, tak kisahlah. Tapi apa kebaikan yang dilakukan oleh orang lain, janganlah kritik dan janganlah syak wasangka,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa BR1M  juga merupakan salah satu bantuan subsidi daripada kerajaan yang diberikan secara tunai kepada kumpulan sasaran tertentu.

“Subsidi minyak, subsidi gula dan macam-macam subsidi lagi itu juga merupakan bantuan kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Cuma ia tidak diberikan secara tunai dan tidak ada sasaran tertentu. Subsidi minyak atau gula, semua rakyat dapat merasa tak kira mereka itu miskin atau kaya.

“Tapi berbeza dengan subsidi BR1M ini yang diberikan secara tunai kepada golongan yang berpendapatan rendah di dalam negara. Kenapa selama ini kerajaan bantu ringankan beban dengan menanggung subsidi pentrol, gula dan sebagainya mereka tak bising?

“Tetapi kenapa bantuan sebanyak RM500 ini mereka nak bising-bising? Sedangkan ia juga adalah subsidi  yang diberikan dalam bentuk tunai kepada golongan tertentu,” soalnya.

Bagi beliau,  apa yang dikatakan oleh Pakatan itu hanyalah retorik politik semata-mata. Pakatan Pembangkang akan sentiasa berusaha untuk memburuk-burukkan kerajaan, biarpun apa yang dilakukan oleh kerajaan itu baik dan bermanfaat terhadap rakyat di negara ini.


“Rakyat hari ini sudah bijak menilai. Biarpun kerajaan BN yang tidak berjanji untuk menghulurkan bantuan seperti BR1M sebelum ini, tetapi kerajaan bagi juga. Tetapi mereka yang macam-macam dijanjikan kepada rakyat, sampai hari ini banyak yang tak tertunai. Bila kerajaan bagi bantuan kepada rakyat, cakap macam-macam pula,” ujarnya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Saya SETUJU YB. DATO' AHMAD NAWAWI...memang mereka selalu berbahasa tanpa mengunakan akal dan fikiran...

Post a Comment