Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih
timah di Perak, turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah
tersusun. Orang Cina telah menubuhkan
kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786)
dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula
menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang
terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).
Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai
lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran. Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada
tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira
16000 orang di Singapura. Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi
bagi menyelesaikan kes-kes jenayah.
Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat.
Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.
Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil
untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum
tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila
berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.
Selepas tahun 1867, beberapa langkah telah diambil untuk mengawal
kongsi-kongsi gelap ini antaranya:
a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah
jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan.
Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang
salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak
kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh
dibenarkan.
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran
Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri
daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama
ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.
c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang
diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa
Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.
d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi
pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan
yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6
bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa
kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan
menggunakan nama lain.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan
Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina
tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara
rahsia dan masih wujud hingga hari ini.
Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini, pesalah jenayah dan
kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah
sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di
Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah
sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah
tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.
Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan
Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang.
Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di
atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang
memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan.
Malah, pembangkang juga seolah-olah ‘meraikan’ pembebasan tahanan
Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang
Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara
berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan
India. Pembebasan ini diterima oleh
rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang.
Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus,
menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila
hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas
tahanan Simpang Renggam dibunuh, bermotifkan dendam jenayah lama.
Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga
lagi kes samun.
Di masa yang sama, kes-kes samun, ragut, rompak, bunuh yang
berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan
pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang. Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan
berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan
ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung.
Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi
gelap sudah menjadi ‘budaya’ masyarakat mereka.
Kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara
terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap,
pelacuran, along dan sebagainya.
Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar
sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui Pakatan Rakyat, dan
menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela. Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena
dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja
sejak 6 Februari lalu.
Hakikatnya, hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia
umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya. Namun, malangnya, terdapat juga di kalangan
kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata
kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil.
Hari ini, PR / DAP telah ‘berjaya membebaskan’ tahanan Simpang
Renggam, dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta. Bayangkan, entah siapa lagi yang akan mereka
bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa, dan kadar jenayah juga pastinya akan
meningkat berkali ganda.
0 Komen